Expired : 18.06.18

Video Photoshoot Di Kubur Pemilik Butik Mohon Maaf

Video Photoshoot Di Kubur Pemilik Butik Mohon Maaf. Dua tiga hari ini kita dikejutkan dengan satu video yang viral menunjukkan sesi bergambar dengan berpakaian pengantin di tanah perkuburan Kristian.


Video Photoshoot Di Kubur Pemilik Butik Mohon Maaf
Video Photoshoot Di Kubur Pemilik Butik Mohon Maaf

“Saya mengakui kesilapan itu daripada diri sendiri dan memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung,” kata pemilik butik pengantin, Nur Amirah Mohd Amiruddin, 26.


Nur Amirah memberi reaksi itu ketika diminta mengulas mengenai gambar seorang model wanita bergambar di tepi kubur bukan Islam yang dimuat naik di Facebook (FB) miliknya baru-baru ini.


Gambar itu kemudiannya tular di media sosial hingga mengundang kemarahan warganet yang kurang senang dengan tindakan jurugambar seolah-olah tidak peka dengan sensitiviti umat Islam.


Menceritakan perkara sebenar, Nur Amirah berkata, gambar berkenaan diambil pada Ahad lalu di kawasan perkuburan Kristian di Batu Pahat.


Menurutnya, gambar itu diambil untuk koleksi peribadi dan kemudiannya dimuat naik di akaun FB miliknya bukan untuk mencari publisiti.


“Saya yang menjadi jurugambar untuk sesi fotografi berkenaan dan wanita dalam gambar itu adalah model, bukannya pengantin.


“Saya pilih lokasi itu kerana mahu mencari kelainan dan mahu lari daripada kebiasaan dengan mengambil inspirasi daripada luar negara.


“Tujuan saya memuat naik gambar berkenaan di FB adalah untuk suka-suka dan tiada niat langsung mempermainkan mana-mana agama,” katanya ketika dihubungi Harian Metro malam tadi.


Nur Amirah yang menetap di Kluang turut menafikan gambar berkenaan diambil untuk tujuan pemasaran bagi perniagaannya.


“Saya dapat tahu perkara ini tular pagi tadi dan menyah aktifkan akaun FB buat sementara bagi meredakan keadaan.


“Ingin saya jelaskan, gambar berkenaan bukan diambil untuk tujuan pemasaran dan saya tidak akan menggunakan cara sebegini kerana tindakan itu ibarat membunuh diri sendiri.


“Apa pun, saya terima kritikan warganet dengan hati yang terbuka kerana mengakui kesilapan berpunca daripada dirinya sendiri dan tolong jangan salahkan model itu,” katanya. -Metro Online-


The post Video Photoshoot Di Kubur Pemilik Butik Mohon Maaf appeared first on Berita Viral Terkini.


Norlida Ishak Shop