Expired : 18.06.18

(VIDEO) Saya Tak Boleh Puaskan Hati Semua Orang, Sikit-Sikit Viral Apa Salah Saya – Aliff Syukri

Gara-gara memburukkan imej seorang penonton di GV5 dengan menyatakan ingin mencari seorang wanita hodoh untuk mempromosikan produknya, jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri sejak hujung minggu lalu menerima pelbagai kritikan daripada netizen termasuk juga rakan artis yang merasakan tindakan beliau itu melampau.



Mungkin sudah tidak tahan dirinya terus dikecam, Aliff menerusi akaun Instagramnya semalam memuat naik sebuah video luahan hatinya yang kecewa mengapa dirinya terus dipersalahkan dan apa sahaja yang beliau lakukan pasti akan viral serta dijadikan target untuk netizen mengecam dirinya.








Kata Aliff, beliau tidak sengaja mengeluarkan perkataan ‘ugly woman’ itu. Tidak boleh memuaskan hati semua orang, Aliff enggan lagi terus memikirkan apa lagi percakapan orang terhadap dirinya.


Terdahulu, Aliff bukan sahaja dikritik kerana ‘marketing’ terlampaunya yang melabelkan seorang wanita hodoh beliau juga dianggap bersikap rasis mempersendakan warna kulit penyanyi berbangsa India, Santesh Kumar.  Rata-rata netizn berpendapat masih ada banyak lagi cara untuk mempromosikan sesuatu produk tanpa perlu menghina rupa paras seseorang.


Norlida Ishak Shop