Expired : 18.06.18

[Video] ‘Syurga Buat Suamimu!’ – Rawat Isteri Derita Penyakit Hiper Tiroid, Pengorbanan Suami Nurliyana Bikin Netizen Sayu, Sebak!


Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah yang terpaksa dihadapi Nurliyana Abdul Raziff apabila dia disahkan menghidap penyakit Hiper Tiroid sejak dua tahun lalu.



Penyakit berkenaan telah menyebabkan tulang rahang wanita berusia 32 tahun itu membesar sehingga menyebabkan mulut terkeluar dan menganggu penglihatan.


Tidak hanya itu, mulut Liyana yang terkeluar menyebabkan dia sukar makan sehingga berat badannya menyusut daripada 55 kg kepada 23 kg. Malah ketinggiannya turut menurun daripada 1.5m kepada 1.3 m sahaja!


Difahamkan Nurliyana dikesan mengalami Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) sejak berusia 9 tahun lagi. Antibodi dan jantungnya yang lemah menyebabkan Nurliyana tidak menjalani pembedahan dan hanya bergantung kepada ubat yang dibekalkan oleh pihak hospital.


Menurut Nurliyana, suaminya yang berkerja penyelia di sebuah kilang sering mengambil cuti tanpa gaji untuk membawanya ke hospital.



“Sekurang-kurangnya tiga kali seminggu suami mengambil cuti tanpa gaji untuk mengurus dan menghantar saya ke Hospital Serdang bagi menjalani dialisis selain perlu berjumpa pakar tulang, mata dan jantung bagi pemeriksaan susulan.Malah sekiranya keadaan kesihatan membimbangkan, saya ditahan di wad bagi rawaran dan sudah pasti suami tidak dapat berkerja kerana perlu menguruskan saya di hospital,” katanya.




Isu berkenaan yang viral menarik perhatian netizen, apatah lagi cecekalan suaminya, Mohd Taufiq Abdullah menjaga isterinya itu meruntun hati netizen.


Rata-rata mendoakan kesihatan Nurliyana dan mendoakan kesembuhan wanita terbabit.





Bantuan boleh dihulurkan menerima akaun Bank Islm milik Nurliyana 05058020145124.


 


Sumber Harian Metro


Norlida Ishak Shop