Expired : 18.06.18

[VIDEO] “Terbaik La, Tak Tiup Lilin Pun!” – Kejutan Hari Lahir Shuib Dipuji Tahu Hukum Sambut Hari Lahir

Bersempena dengan ulang tahun kelahiran Shuib hari ini, isterinya yang juga seorang penyanyi, Siti Sarah Raissuddin ada memberikan ucapan teristimewa buat suami tercintanya.


Dedikasi dan ucapan penuh makna itu ditulis penyanyi lagu Semakin itu di instagram yang dikemas kini.


Harap Sarah, semoga suaminya itu dipanjangkan usia, selain dimurahkan rezekinya.



“Terima kasih Allah mencipta suami ku.. terima kasih @amy_salmi melahirkan suami ku.. terima kasih @shuibsepahtu menjadi suami ku.. moga diampuni segala dosa suami ku dipanjangkan umurnya supaya lebih banyak manafaat hidupnya untuk sekalian alam.“Dimurahkan rezekinya supaya lebih bayak amal yg dapat dilakukan, lebih berjaya, aman rumahtangga moga suami ku diberkahi dan dipermudahkan segala urusan akhirat dan dunia. Amin amin amin ya robbal alamin,” kongsi Sarah.


Pada masa sama, penyanyi ini juga turut berdoa agar jalinan cinta yang dibina akan terus kekal hingga ke syurga dengan izinNya.


“Moga Allah mengizinkan cinta kita hingga ke syurga.. happy birthday SUAMI,” tulis Sarah lagi.


Justeru, rata-rata peminat turut mendoakan kesejahteraan Shuib bersempa dengan ulang tahun kelahiran dan tidak kurang yang turut berharap agar hubungan mereka kekal harmoni sampai bila-bila.



Dalam pada itu, penyampai radio Sinar FM itu berkongsi sebuah video menerusi akaun Instagram miliknya  yang menunjukkan rakan selebriti dalam bidang seni iaitu Mark Adam telah melakukan kejutan sempena hari jadinya.


Menerusi kapsyen, dia mengakui walaupun kejutan ini tidak menjadi tetapi dia tetap menghargai usaha mereka dan merupakan detik berharga baginya.


Tetapi apa yang menarik perhatian, video berdurasi 51 saat itu kelihatan suami kepada penyanyi Siti Sarah itu tidak meniup lilin pada sebiji kek tersebut malah hanya memadam api dengan mengibaskan menggunakan tangan.



Kapsyen Instagram :


Tqqqqq Marky and kak Ezan…walaupon surprise ni tak berapa menjadi tp sy tetap anggap ini sebagai ingatan berharga utk sy….3 tahun lps Allah pertemukan kita di #juaraparodi dan tiba2 Allah rapatkan kita smpi rasa korang adalah sebahagian dr keluarga,,,,Subhanallah Alhamdulillah allahuakbar….Tq utk segala galanya…Tq @amy_salmi yg buat2 tak tau tp sebenarnya plan dah terbongkar 
</div>
<script async src=
Norlida Ishak Shop