Expired : 18.06.18

Video: Tidak beli hadiah telefon bimbit, lelaki ditampar kekasih 52 kali

SUDAH menjadi tradisi di negara China, lelaki akan membelikan hadiah istimewa kepada teman wanita setiap kali sambutan hari kekasih pada 20 Mei.


Bagaimanapun, ia menjadi hari malang kepada seorang lelaki apabila ditampar bertubi-tubi lebih 50 kali gara-gara tidak membelikan telefon pintar untuk kakasihnya.


Video lelaki itu ditampar menjadi tular di media sosial dan menerima reaksi pelbagai dengan rata-rata mengecam tindakan wanita tersebut, lapor Asia One


Dalam rakaman tersebut, lelaki itu kelihatan tenang walaupun ditampar dengan kuat dan tidak membalas semula tindakan teman wanitanya.



Kejadian berkenaan disaksikan oleh orang ramai yang ketika itu berada di Wilayah Sichuan,China.


Pihak polis yang tiba di tempat kejadian cuba menenangkan keadaan dan apabila cuba membawa pasangan itu, lelaki itu cuba melindungi teman wanitanya.


Kelihatan ada beberapa individu dalam video yang dilihat memarahi wanita berkenaan, tetapi teman lelakinya itu sekali lagi cuba melindunginya.


Lelaki malang itu kemudiannya memberitahu polis, teman wanitanya telah banyak membayar sebahagian besar segala perbelanjaannya dan dia sememangnya layak ditampar.


“Tidak mengapa..tidak mengapa, kami akan selesaikan (pertengkaran) dengan baik,” kata lelaki itu tersebut.


Pasangan itu akhirnya berada dalam keadaan tenang dan berjanji untuk menyelesaikan masalah dengan cara yang lebih baik di masa hadapan.


The post Video: Tidak beli hadiah telefon bimbit, lelaki ditampar kekasih 52 kali appeared first on NewMalaysianPost.com.


Norlida Ishak Shop