Expired : 18.06.18

(VIDEO) Ucapan ‘Sweet’ Fazura Bersempena Hari Jadi Fattah Amin Curi Perhatian Netizen

Walaupun sedang sibuk atas urusan kerja dan mempromosikan jenama Fazbulouas di New York Fashion Week, kerinduaan Nur Fazura terhadap suami tercinta, Fattah Amin tetap hangat membara.



Tidak dapat menyambut ulangtahun kelahiran Fattah yang ke 28 hari ini, Fazura menerusi akaun Instagramnya sempat memuat naik kompilasi video foto mesra mereka suami isteri dengan ucapan yang cukup ‘sweet’ dan romantik buat Fattah.









 



Turut terkenangkan ia adalah hari beluau kehilangan bapanya, Fazura bagaimanapun memberitahu kehidupannya kini lebih bermakna kerana Tuhan sudah menemukan beliau dengan seorang jejaka yang baik budi pekertinya dan betapa beliau bersyukur mempunyai seorang suami seperti Fattah. Wah, untung betul Fattah dapat pujian begini daripada isteri


Ketulusan cinta mereka yang membuatkan orang ramai terus terpikat dengan Fazura dan Fattah sehingga  hari ini. Hampir setahun mendirikan rumah tangga, kami harap pasangan ini akan kekal bahagia sehingga ke syurga.


Norlida Ishak Shop