Expired : 18.06.18

Viral Video Pembantu Rumah Tunjal Kepala Anak Angkat Aliff Syukri?

Umum mengetahui sekitar tahun lalu, jutawan kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri telah mengambil dua orang anak angkat iaitu Ameen dan Qayyum.



Baru-baru ini, viral video yang disebarkan oleh seorang individu dimana dia mendakwa pembantu rumah telah mendera Qayyum dengan menolak kepala kanak-kanak itu dengan kasar. Insiden itu berlaku sewaktu acara sambutan hari jadi yang diadakan di kediaman Aliff hujung minggu lalu.











Walaubagaimanapun, Datin Shahida tampil mempertahankan pengasuh anaknya itu dan mengatakan apa yang berlaku cuma satu salah faham. Tiada langsung unsur penderaan.



Tidak elok untuk membuat sebarang tuduhan tanpa usul periksa apatah lagi jika tiada di tempat kejadian. Kami pasti Aliff dan isterinya akan peka dengan keadaan semasa dan kebajikan anak angkat mereka.


Norlida Ishak Shop