Expired : 18.06.18

Vivo Malaysia Mengacah Kehadiran Vivo V17 Pro Tidak Lama Lagi – Menyertakan 6 Kamera

Vivo Malaysia kini telah mula mengacah kehadiran telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Vivo V17 Pro. Telefon pintar ini masih belum dilancarkan secara rasminya, dan pihak Vivo Malaysia mengatakan ia bakal hadir dengan enam kamera bersama-sama dengannya.


Vivo V17 Pro


Melalui apa yang tertiris sebelum ini, Vivo V17 Pro dijangka menyertakan empat-kamera pada bahagian belakang dengan kamera utama 48-megapixel. Selain daripada itu, Vivo turut melengkapkan peranti ini dengan dwi-kamera hadapan yang diletakkan pada bahagian pop-naik.



Vivo V17 Pro dijangka menggunakan skrin Super AMOLED dengan pengimbas cap jari pada skrin, selain menyertakan cip Snapdragon 675 dan juga memori sehingga 8GB RAM.


Buat masa ini, tarikh pelancarannya masih tidak diketahui lagi. Memandangkan pihak Vivo Malaysia telah mula mengacahnya, maka mungkin kita melihat ia dilancarkan di Malaysia pada bulan ini.


Norlida Ishak Shop