Expired : 18.06.18

Vivo Nex 3 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 17 Oktober

Vivo Malaysia hari ini mengesahkan yang mana mereka akan melancarkan satu lagi telefon pintar terbaru untuk pasaran tempatan pada pertengahan Oktober ini, iaitu Vivo NEX 3.



Vivo Nex 3 membawakan rekaan yang unik dengan skrin nirbingkai bersaiz 6.89-inci FHD+, dijana cip Snapdragon 855+, memori sehingga 12GB RAM dan storan sehingga 512GB UFS 3.0. Tiada sebarang butang fizikal disertakan padanya, dan ia menggunakan sensor berasaskan tekanan untuk fungsi berkenaan. Menjananya juga adalah bateri 4500mAh.


Vivo Nex 3


Untuk kamera, ia menyertakan tri-kamera belakan gabungan 64MP + 13MP (ultra-lebar) + 13MP teleskopik, selain kamera swafoto 16-megapixel pop-naik.


Seperti biasa, sama-sama kita nantikan tarikh 17 Oktober ini untuk melihat bagaimanakah perancangan pihak Vivo Malaysia dalam penawaran telefon pintar baru ini.


Norlida Ishak Shop