Expired : 18.06.18

Vivo NEX Dual Display Edition Akan Dilancarkan Pada 11 Disember

Vivo akan melancarkan peranti dengan dwi-skrin kerana rekaannya telah tertiris ke arena web. Hari ini tarikh pelancaran peranti yang akan dikenali sebagai Vivo NEX Dual Display Edition akhirnya diketahui. Ini adalah kerana jemputan ke majlis tersebut telahpun dihantar.


Vivo NEX Dual Display Edition mempunyai dua skrin. Satu skrin utama di bahagian hadapan dengan nisbah 18:9 dan skrin belakang dengan nisbah 16:9. Dengan sistem skrin berganda ini, pengguna boleh mengambil swafoto menggunakan kamera utama dengan lebih mudah. Memandangkan ia masih menggunakan nama NEX, besar kemungkinan ia mengekalkan spesifikasi yang sama iaitu dijana pemproses Snapdragon 845.


Norlida Ishak Shop