Expired : 18.06.18

Vivo Y17 Dengan Kapasiti 64GB Kini Ditawarkan Pada Harga RM799

Lebih dua minggu yang lalu Vivo Y17 dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia pada harga RM999 untuk model dengan storan 128GB. Hari ini pihak Vivo Malaysia mengumumkan Vivo Y17 dengan storan 64GB akan turut ditawarkan pada harga RM799 sahaja.



Dari segi spesifikasi, ia menggunakan skrin 6.35-inci bertakuk beresolusi 720×1544 pixel, cip pemprosesan MediaTek MT6765, memori 4GB RAM dan storan 64GB. Telefon pintar ini dilengkapi kamera swafoto 20-megapixel, selain tri-kamera belakang gabungan 13MP + 8MP + 2MP. Menarik sekali peranti dilengkapi bateri sebesar 5000 mAh dengan sokongan pengecasan pantas Dual-Engine Fast Charging 18W.


 


Norlida Ishak Shop