Expired : 18.06.18

Wacana Ilmu Tampilkan Maklumat Tepat, Hujah Yang Bernas – Dr Shamsul Anuar

KUALA LUMPUR, 9 Okt – Ketua Penerangan UMNO Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah yakin wacana ilmiah yang menampilkan tokoh-tokoh berkaliber mampu memberi pemahaman yang lebih mendalam kepada rakyat berkaitan isu-isu semasa.


“Forum ini akan kupas isu-isu secara ilmiah bagi kita memberi pemahaman yang lebih mendalam kepada rakyat.


“Saya percaya dalam dunia yang sudah terbuka dan rakyat yang semakin bijak, mereka memerlukan maklumat yang tepat, hujah yang bernas.


“Sebab itu hari ini kita tampilkan empat orang tokoh yang saya percaya mampu untuk mengupas secara lebih mendalam isu ‘Muafakat Nasional: Antara Impian Dan Harapan’,” ujarnya dalam kata-kata aluan di dalam program Wacana Ilmu anjuran Penerangan UMNO Malaysia di Auditorium UMNO, Menara Dato’ Onn, PWTC, di sini malam ini.


Wacana Ilmu yang bertajuk ‘Muafakat Nasional: Antara Impian Dan Harapan’ menampilkan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Naib Presiden PAS Ustaz Idris Ahmad, Pengerusi Veteran UMNO Datuk Othman Desa dan Pengerusi Assabiqun PAS Ahmad Subky Abdul Latif.


Manakala Datuk Dr Noor Azizan Abdul Majid bertindak sebagai moderator.


Mengulas lanjut, Dr Shamsul berkata wacana yang diadakan merupakan satu platform yang penting untuk diikuti oleh semua rakyat Malaysia.


“Saya percaya dengan penjelasan yang kita buat pada malam ini akan memberi penjelasan mendalam dan menolak segala hujah-hujah terutama sekali daripada pihak kerajaan yang sentiasa mahu melihat rakyat menolak Muafakat Nasional yang dianjurkan dua parti terbesar orang Melayu dalam negara ini tetapi juga melibatkan parti komponen dalam Barisan Nasional (BN), Gagasan Sejahtera daripada PAS dan juga rakan-rakan lain.


“Saya percaya Muafakat Nasional manfaatnya kepada rakyat secara keseluruhan tanpa mengira agama dan bangsa,” ujarnya lagi.


Justeru itu tambahnya, pada siri akan datang Wacana Ilmu akan menampilkan topik-topik yang lebih menarik dan sesuai dengan isu-isu semasa di minda rakyat termasuk juga berkaitan bajet kedua kerajaan PH pada Jumaat nanti. – UMNO ONLINE



Norlida Ishak Shop