Expired : 18.06.18

Wah! Kad Kahwin Sudah Di Edar.. Nikah Pada Hujung Mac Ini

“Buat masa ini, memang kami akan nikah hujung bulan ini. Perasaan saya buat masa ini bercampur baur, maklumlah, perkahwinan merupakan satu komitmen yang sangat besar.



“Saya berdoa dan berharap agar segala yang dirancang akan berjalan dengan lancar,” demikian kata pelakon Aidil Aziz yang memberitahu dia dan aktres Fasha Sandha akan bernikah hujung bulan ini.


Ujarnya lagi, segala persiapan sudah pun diatur dan berharap segala yang dirancang akan dipermudahkan. Bagaimanapun, tarikh pernikahan pasangan itu masih belum diumumkan dan dijangka diadakan penghujung Mac ini di Perlis.


Pasangan ini nampaknya sudah mula mengedarkan kad undangan perkahwinan bagi majlis sebelah pengantin lelaki kepada pihak media. Difahamkan, majlis resepsi berkenaan bakal diadakan di kampung halaman Aidil di Negeri Sembilan pada 6 April depan.



Untuk makluman, Fasha dan Aidil mengikat tali pertunangan pada 18 November tahun lalu. Fasha memiliki dua orang cahaya mata, Putra Rayfal Ramli, 6, dan Putri Rasya Jemaima, 5, hasil perkahwinan dengan Rizal Ashram Ramli pada 2012, sebelum bercerai pada 2016.





Untuk makluman, Fasha dan Aidil yang mula berkenalan dan rapat selepas sama-sama membintangi drama rantaian ‘Mamu Mami Gosip’ pada awal 2018. mengikat tali pertunangan pada 18 November lalu. Ini merupakan perkahwinan kedua buat Fasha, manakala pertama bagi Aidil.


Fasha memiliki dua orang anak, Putra Rayfal Ramli, 6, dan Putri Raysha Jemaima, 5, hasil perkahwinan dengan Rizal Ashram Ramli pada 2012 sebelum bercerai pada 2016.


Apa kata anda? Dah Baca jangan lupa komen dan share ya.Terima Kasih


Sumber:Instagram Fasha Sandha & Aidil Aziz  via Terlajak virals


Norlida Ishak Shop