Expired : 18.06.18

Wakil White House Meminta Sekatan Perdagangan Huawei Dan Amerika Syarikat Ditangguhkan

Isu Huawei dan Amerika Syarikat (A.S.) masih belum reda lagi. Disebabkan arahan Donald Trump berkaitan sekatan perdagangan antara Huawei dan Amerika, banyak syarikat dari AS mula berhenti berurusan dengan Huawei. Perkara ini termasuklah Google, sehinggakan Huawei terpaksa hadir dengan sistem operasi tersendiri ArkOS.


Terkini Pengarah Pejabat Pengurusan dan Belanjawan – Russell T. Vought menghantar surat kepada Naib Presiden A.S. – Mike Pence dan ahli-ahli kongres, meminta untuk sekatan ini ditangguhkan. Menurut Russell, beliau sedar yang sekatan ini amat penting buat keselamatan negara. Namun perkara ini membuatkan banyak agensi risau akan kesan negatif terhadap pihak berkepentingan. Menurut Setiausaha Perbendaharaan A.S. – Steven Mnuchin, Donald Trump mungkin boleh teruskan perdagangan dengan Huawei, jika Huawei boleh berikan jaminan akan tidak ada isu berkaitan hal-hal yang membahayakan keselamatan negara.


Sumber: [1], [2]


Norlida Ishak Shop