Expired : 18.06.18

Wakili Malaysia di International Hong Kong Music Festival, Caklempong ASiS Terkejut Neelofa Tawar Bantuan Untuk Ke Hong Kong




Asraf Aided



Hiburan

Wakili Malaysia di International Hong Kong Music Festival, Caklempong ASiS Terkejut Neelofa Tawar Bantuan Untuk Ke Hong Kong
Pasukan Caklempong Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur atau Caklempong ASiS akan mewakili Malaysia di The 5th International Hong Kong Music Festival pada Ogos ini.

Pasukan tersebut akan menyertai kategori World Ensemble di festival music tersebut.

Ketika dihubungi Gempak, pengurus pasukan yang dikenali sebagai Asyraf Zaki berkata, ini merupakan kali pertama pasukan mereka bertanding di peringkat antarabangsa.

"Kami sedang membuat persiapan untuk membuat persembahan di Hong Kong, ada beberapa keperluan yang kami harus siapkan.

"Kami berasa sangat teruja, sebenarnya kami telah lama bercita-cita mahu ke peringkat antarabangsa sejak tahun 2017 lagi.

"Sekarang, kami telah memenangi pelbagai anugerah, jadi apabila kami berpeluang untuk ke Hong Kong ini, kami akan usaha sedaya upaya agar dapat mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa," ujarnya.

Dalam pada itu, Asyraf menambah, dia dan pasukannya berasa amat terkejut apabila selebriti popular, Neelofa turut berkongsi berita itu di akaun Twitter miliknya.

"Ketika Neelofa 'tweet' perkara itu, kami sedang menjalani latihan, tiba-tiba kami nampak Neelofa berkongsi berita mengenai pasukan kami. Rasa sangat terkejut dan gembira!
 


Congratulations boys! Good luck and make Malaysia proud! Also, they are looking for fund to go to Hong Kong, please go to their Twitter page for more info! ✨ https://t.co/EBadg8Q4aH


— Neelofa (@Neelofa) July 11, 2019


I’d love to help so please check your DM, my team will be in touch! ❤️ https://t.co/A5Tow3CCdI


— Neelofa (@Neelofa) July 12, 2019
"Namun, kami tidak pasti bantuan bagaimana yang mahu diberikan Neelofa memandangkan kami belum mendapat kenyataan rasmi dari pihaknya," tambahnya.

Dalam Tweet terbabit usahawan terkenal itu berhasrat untuk memberikan bantuan kepada pasukan caklempong itu dan urusan selanjutnya akan diaturkan oleh pengurusannya.

Khabar gembira itu turut berada dalam senarai 'likes' akaun Twitter rasmi Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamed dan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq.


Norlida Ishak Shop