Expired : 18.06.18

WALAU KENA PUKULAN MAUT TAPI UMNO MASIH PEKAK LUAH KJ.. KJ KRITIK UMNO KAW KAW

Khairy Jamaluddin yang tewas dalam pemilihan merebut kerusi presiden Umno bulan lalu menyatakan keresahannya terhadap hala tuju yang diambil parti itu kini.


Beliau melihat Umno kini semakin ke arah perkauman selepas tewas pada PRU ke-14 dan baginya itu hanyalah jalan menuju ‘kehancuran’.


“Sejak selesai pemilihan Umno, apa yang parti saya buat? Main sentimen kaum dan kutip tabung untuk bekas presiden (Datuk Seri Najib Razak)…Takkan itu saja ‘Umno baru’?


“Sudah kena pukulan maut semasa PRU ke-14 (tetapi) masih pekak terhadap suara rakyat.


“Jika modal untuk PRU ke-15 hanyalah momokkan orang Melayu dengan isu seperti pelantikan bukan Melayu sebagai peguam negara dan ketua hakim, lupakan saja impian menawan semula Putrajaya,” katanya di Twitter hari ini.


Beliau merujuk kepada bantahan Umno terhadap pelantikan Tommy Thomas sebagai peguam negara pada bulan lalu dan Tan Sri Richard Malanjum sebagai ketua hakim negara semalam.


Dengan nada yang jelas kecewa, bekas ketua pemuda Umno itu berkata parti itu kini perlu memilih sama ada mahu kekal dengan cara itu atau mengambil “jalan tengah”.


“Ke kanan (Umno) mungkin menang sorak sementara, tetapi pasti lingkup 10-15 tahun lagi. Haluan tengah bukan mudah dan sukar difahami akar umbi, tetapi itulah jalan yan ada untuk survive,” katanya yang kini tidak lagi memegang apa-apa jawatan pusat parti itu.


Sebaik kekalahan pada PRU lalu, Khairy berkata ada keperluan untuk melakukan pembaharuan terhadap Umno termasuk membuka keahlian kepada bukan Melayu.


Antara kempennya sebagai presiden Umno pula adalah untuk menjadikan Umno sebagai pembangkang berwibawa terutama bagi menuntut janji 100 hari Pakatan Harapan (HARAPAN).


Khairy bagaimanapun berkata akan kekal bersama Umno kerana percaya parti itu masih “khemah besar” untuk orang Melayu dengan prinsip sederhana, haluan tengah dan meraikan kepelbagaian.


“Sebab itu saya masih bersama Umno…Cuma saya nak perbetulkan rumah saya ini agar tidak kekal dengan haluan kanan yang eksrem dan rasis selama-lamanya,” katanya lagi.


Sumber: Mkini


Lupakan hasrat tawan Putrajaya: KJ


KUALA LUMPUR: UMNO mungkin perlu melupakan hasrat menawan semula Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) jika masih memainkan isu perkauman sebagai modal untuk memomokkan orang Melayu.


Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, berkata keresahan orang Melayu memang wujud berikutan pelantikan bukan Melayu sebagai Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara tetapi kecil berbanding isu lain seperti ekonomi dan sosial.


“Sejak selesai pemilihan UMNO, apa yang parti saya buat? Main sentimen kaum, kutip tabung untuk mantan Presiden dan repeat (ulang) semula.


“Tidak salah kita bersolidariti dengan DSN (Datuk Seri Najib Razak) tetapi adakah itu sahaja UMNO ‘baharu’. Sudah kena pukulan maut semasa PRU-14, masih pekak terhadap suara rakyat,” katanya menerusi beberapa status yang dimuat naik di Twitter rasminya, hari ini.


Bekas Ketua Pemuda UMNO itu berkata, UMNO kini berada di persimpangan untuk memilih hala tuju sama ada ke kanan atau tengah.


“Ke kanan mungkin menang sorak sementara. Tetapi pasti lingkup 10-15 tahun lagi. Haluan tengah bukan mudah. Sukar difahami akar umbi. Tetapi itulah jalan yang ada untuk terus hidup,” katanya.


Khairy berkata, beliau masih percaya UMNO adalah khemah besar untuk orang Melayu yang mana DNA asalnya adalah moderat, berhaluan tengah dan meraikan kepelbagaian.


“Sebab itu saya masih bersama UMNO. Tetapi saya tidak setuju dengan manifestasi rasis yang semakin wujud selepas pemilihan parti. Saya tidak terima tawaran jawatan selepas kalah dalam pemilihan sebab saya perlu ada kebebasan untuk bersuara dalam parti.


“Biarlah ada kepelbagaian suara dalam UMNO. Ada yang label saya ‘liberal’ dan lain-lain. Tidak penting. Yang penting ada ‘dissenting voice vs haluan kanan parti’,” katanya.


Mengulas maklum balas pengguna Twitter @DIYSAR yang konon kenyataannya memberi gambaran akan melompat parti, Khairy berkata, beliau akan tetap bersama UMNO.


“Saya tidak lompat ke mana-mana. Saya tetap bersama UMNO. Cuma saya mahu perbetulkan rumah saya supaya tidak kekal berwajah haluan kanan yang ekstrem dan rasis selama-lamanya,” katanya.


Sumber: Berita Harian


KJ KRITIK UMNO KAW KAW



PETALING JAYA: Keretakan dalam Umno dilihat semakin merekah apabila Khairy Jamaluddin memberikan pilihan tentang haluan yang perlu dipilih oleh parti itu dalam bebenang yang dimuat naik di Twitter pada Khamis.


Khairy yang gagal merebut jawatan presiden parti pada Pemilihan Umno lalu menyuarakan bahawa parti tersebut gagal mendengan suara rakyat walapun kalah teruk pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).


“Sejak selesai pemilihan Umno, apa yang parti saya buat? Main sentimen kaum, kutip tabung untuk mantan presiden dan ‘repeat’ (ulang) semula.


“Tak salah kita bersolidariti dengan DSN (Datun Seri Najib Tun Razak) tetapi tak kan itu sahaja Umno “baharu”.


“Dah kena pukulan maut semasa PRU14, masih pekak terhadap suara rakyat,” kata Khairy.





Sumber: Mstar


Norlida Ishak Shop