Expired : 18.06.18

“Walaupun Kita Sudah Tidak Menjadi Kita,” – Tiada Angin Tiada Ribut, Rumah Tangga Datuk Boy Iman Ada Apa-Apa Ke?

Berlatarkan foto bersama isteri dengan luahan hati, Datuk Boy Iman membayangkan kehidupannya selama ini telah musnah dan tidak mahu lagi dalam kepura-puraan.


Jelasnya lagi, dia tidak mahu hidup dalam dosa kerana hukum tetap hukum.


Akhirnya aku berani untuk menerima kenyataan yang ianya telah musnah.


Dari terus hidup dalam kepura-puraan,


Dari hidup dalam fantasi walaupun realitinya tidak begitu.


“Dan yang amat berat untuk ku telan ialah hidup dalam keadaan berdosa kerana hukum tetap hukum.


“Hukum bukan mainan..ianya akan dihisab dan sedang diperhatikan oleh Allah Taala untuk diberi balasan bukan sahaja disana tetapi di dunia ini,” tulisnya.


Bahkan, pelakon dan penerbit ini turut menyatakan kasih sayang terhadap isteri dan anak-anak walau keadaan tidak lagi sama seperti dahulu.


Doakan aku utk terus berani menghadapi semua ini serta kuat menerimanya sebagai satu aturan yang sempurna dan terbaik untuk aku dan terbaik untuk engkau dari Allah.


“Aku tetap menyayangi dirimu dan anak2 walaupun kita sudah tidak menjadi kita lagi,” kongsinya yang seakan-akan menjurus kepada kehidupannya sekeluarga. 




Boy Iman berkahwin dengan Kumala Dewi Anas pada 11 November 2011 dan dikurniakan seorang anak, Norul Emmer.


Foto : Instagram Datuk Boy Iman


Apa Kata Anda


Norlida Ishak Shop