Expired : 18.06.18

“Walaupun masih kecil, Dia begitu sempurna”

Janin usia 14 minggu cukup sempurna?


MELIHAT bayi kecil cukup sempurna pasti menyentuh hati seorang ibu apatah lagi bayi itu yang ditunggu selama ini bagi melengkapi hidupnya.


Tetapi berlainan kisah seorang ibu muda apabila terpaksa menggugurkan kandungannya berusia 14 minggu kerana janin itu terhenti degupan jantung.


Meskipun perit menerima takdir itu, wanita berusia 40 tahun reda dan ingin kebumikan ‘anak’ itu seperti diinginkan.


Sharran Sutherland, dari Fair Grove, juga berkongsi gambar janin yang dikandungnya sudah ‘sempurna’ meskipun ia hanya setinggi empat inci dan berat hanya 26gram ketika dilahirkan.


Katanya, perkongsian itu untuk memberi kesedaran kepada wanita suoaya berfikir sedalamnya sebelum melakukan pengguguran.


Dia dan suaminya Michael, 35 tahun, membawa pulang ‘bayi’ ke rumah dan menyimpannya di dalam peti sejuk beku selama seminggu sebelum menanam di pasu bunga di rumah mereka.


“Saya berharap bahawa dengan berkongsi gambar-gambar bayi lelaki saya yang begitu berharga ini, mungkin akan membuat seseorang yang memikirkan mengenai keguguran akan mengambil keputusan untuk membatalkannya dan membiarkan anak mereka tetap hidup.


“Tengok, jari jemarinya memegang jari saya … ia cukup sempurna walaupun tidak berpeluang hidup di dunia,” katanya.


Perkongsian gambar janin itu tular di media sosial hingga mencuri perhatian netizen.


Rata-rata memberitahu ia sungguh menakjubkan dan berharap si ibu tetap tabah atas kehilangan anaknya.


9 Faktor Yang Boleh Meningkatkan Risiko Kelahiran Bayi Pramatang


Risiko kelahiran bayi pramatang
Semua bakal ibu ingin melahirkan anak yang sihat, tapi tahukah anda yang setiap ibu mempunyai risiko untuk melahirkan bayi pramatang?


Risiko ini boleh disebabkan oleh pemakanan, cara hidup serta faktor-faktor lain seperti genetik ibu terbabit dan tindak balas kimia dalam badannya.


Artikel ini bukan untuk menakut-nakutkan anda dengan kelahiran pramatang.


Namun, semua ibu hamil harus tahu tentang risiko ini untuk kebaikan diri dan keselamatan janin.


Di sini kita lampirkan 9 faktor yang boleh meningkatkan risiko ibu melahirkan bayi pramatang seperto yang dikongsi oleh Julie Revelant dalam laporan Fox News.


1. Pernah melahirkan bayi pramatang sebelum ini


Menurut Dr. Jill Hechtman, pengarah perubatan Tampa Obstetrics di Tampa, Florida, sejarah ibu yang pernah melahirkan bayi pramatang adalah salah satu tanda ia mungkin akan berlaku semula.


Kajian mendapati 30-50% wanita yang pernah mengalami kelahiran pramatang akan melahirkan bayi pramatang untuk anak seterusnya.


2. Jarak kehamilan


Risiko kelahiran pramatang akan bertambah jika jarak kehamilan antara dua anak terlalu dekat.


Menurut kajian di BJOG: Jurnal Antarabangsa Obstetrik dan Ginekologi, hampir separuh wanita yang hamil semula 12 bulan selepas melahirkan anak, akan melahirkan anak seterusnya sebelum minggu ke-39.


3. Prosedur IVF


Pakar masih kurang pasti mengapa wanita yang hamil melalui prosedur IVF mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk melahirkan anak pramatang.


4. Anak kembar ataupun lebih
Salah satu komplikasi yang paling biasa apabila ibu hamil anak kembar ataupun lebih, adalah kelahiran pramatang.


Menurut organisasi March of Dimes, hampir 50% anak kembar dilahirkan pramatang.


Manakala bayi kembar tiga, kuadruplet, dan bilangan gandaan yang lebih tinggi pula memiliki peluang kelahiran pramatang sehingga 90%.


5. Serviks yang pendek


“Wanita dengan serviks yang pendek selepas melakukan prosedur loop electrosurgical excision procedure (LEEP) —sejenis ujian untuk mengesan sel pra-kanser atau sel yang tidak normal – mempunyai risiko yang lebih tinggi,” kata Julie.


6. Masalah kemurungan


Menurut kajian dalam BJOG: Jurnal Antarabangsa Obstetrik dan Ginekologi, ibu-ibu yang mengalami kemurungan biarpun baru mengalaminya atau yang berulang, mempunyai risiko kelahiran pramatang sebanyak 30% hingga 40%.


Bapa yang kemurungan juga boleh memberi kesan dengan kajian menunjukan kenaikan risiko sebanyak 38%.


7. Kurang berat badan
Walaupun wanita akan bertambah berat badan semasa hamil, namun 21% daripada mereka tidak mencapai berat badan yang sihat.


Mengikut sebuah kajian yang diterbitkan dalam jurnal Obstetrics and Gynecology, wanita yang kurang berat badan juga berisiko melahirkan bayi pramatang.


8. Jangkitan
Jangkitan semasa hamil juga boleh meninggikan risiko melahirkan bayi pramatang terutamanya bagi jangkitan seperti mycoplasma dan ureaplasma.


Wanita dengan streptococcus kumpulan B lebih kurang risikonya, kata Dr. Jill Hechtman. Walaupun ibu hamil didapati mempunyai jangkitan ini, kemungkinan untuk melahirkan bayi pramatang adalah sangat rendah.


9. Pencemaran udara
Menurut kajian NYU Langone Medical Center, 16,000 kelahiran pramatang telah dikaitkan dengan pencemaran udara di Amerika Syarikat.


Kawasan yang mempunyai kes yang paling banyak adalah di bandar di mana populasi orang sangat banyak.


Jadi, ibu-ibu yang baru hamil di luar sana – anda dinasihatkan untuk sentiasa menjaga kesihatan diri sendiri malah memakan diet yang seimbang untuk mencegah kelahiran pramatang.


Semoga semuanya selamat saja buat anda! Amin.


Sumber rujukan: theasianparent. / astro awani


Norlida Ishak Shop