Expired : 18.06.18

Wanita Arab Saudi dibenar berkhidmat dalam tentera

RIYADH, 11 Safar 1441H, Khamis – Arab Saudi mengumumkan akan membenarkan wanita di negara pentadbiran diraja konservatif itu berkhidmat dalam angkatan bersenjata dalam usaha memulakan program reformasi ekonomi dan sosial yang luas.


Langkah itu adalah yang terbaharu dalam beberapa langkah yang bertujuan untuk meningkatkan hak wanita di dalam kerajaan, walaupun kumpulan hak asasi mendakwa Riyadh menyekat aktivis wanita.


“Selangkah lagi untuk pemerkasaan. Wanita Saudi bakal menyertai tentera buat pertama kali,” kata Kementerian Luar di laman sosial Twitter, sambil berkata bahawa wanita akan dapat berkhidmat sebagai prebet kelas pertama, koperal atau sarjan.


Tahun lepas, Arab Saudi membenarkan wanita untuk menyertai pasukan keselamatannya.


Putera Mahkota Mohammed bin Salman, pemerintah de facto, telah meluluskan beberapa reformasi yang bertujuan untuk memperluas hak-hak wanita, termasuk membiarkan mereka memandu dan pergi ke luar negeri tanpa persetujuan daripada seorang penjaga lelaki.


Tetapi, beliau pada masa yang sama mengawasi penangkapan beberapa aktivis hak wanita yang terkenal, termasuk aktivis Loujain al-Hathloul.


Arab Saudi, pengeksport minyak mentah terbesar di dunia, sedang berusaha meningkatkan imejnya dan menarik pelancong sebagai sebahagian daripada rancangan untuk mempelbagaikan ekonomi selain daripada industri minyak. – Agensi


The post Wanita Arab Saudi dibenar berkhidmat dalam tentera appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop