Expired : 18.06.18

Wanita hilang ingatan selepas meneran terlalu kuat ketika buang air besar

MEMBUANG air besar kadang-kadang memberi kesukaran kepada seseorang, malah ada masanya mengundang kesakitan.


Namun, pengalaman yang dilalui seorang wanita di Hong Kong adalah lebih teruk daripada itu apabila kehilangan sebahagian 10 tahun ingatannya gara-gara meneran terlalu kuat.


Ekoran kejadian itu, wanita itu dikejarkan ke hospital oleh keluarganya apabila didapati hilang ingatan, lapor China Press.


Bagaimanapun, doktor yang memeriksanya mendapati otaknya berfungsi seperti biasa dan normal.


Difahamkan, mangsa hanya mengalami hilang ingatan selama lapan jam dan selepas pulih, dia langsung tidak mengingati apa yang berlaku dalam tempoh lapan jam itu.


Keluarga mangsa memberitahu wanita itu tidak dapat mengimbas semula sebahagian 10 tahun ingatannya.


Seorang pakar neurologi, Dr Peng Jiaxiong berkata, dalam istilah perubatan, penyakit itu dikenali sebagai amnesia sementara yang mungkin disebabkan ketidakcekapan injap urat jugular dalaman di mana aliran darah ke otaknya terjejas.


Dipetik portal Asia One , Dr Peng berkata, keadaan itu menyebabkan oksigen yang dibawa ke otak tidak mencukupi kerana sembelit.


Namun katanya, kejadian seperti itu jarang berlaku dan selain sembelit, mereka yang mengangkat objek berat atau mengalami tekanan emosi melampau berisiko besar untuk mengalami masalah itu.


Beliau menasihatkan, mereka yang mengalami simptom hilang daya ingatan perlu menjalani pemeriksaan perubatan segera dan 30 peratus dari individu yang mengalami masalah itu berisiko mengalami strok.


The post Wanita hilang ingatan selepas meneran terlalu kuat ketika buang air besar appeared first on NewMalaysianPost.com.


Norlida Ishak Shop