Expired : 18.06.18

Wanita Muda Harus Besarkan Jiwa, Fokus Titik Persamaan


Wanita Muda Harus Besarkan Jiwa, Fokus Titik Persamaan


Oleh : Husna Najihah Zamalolaily


KUALA LUMPUR 13 SEPTEMBER – Pentas Anak Muda dimulakan oleh Ketua Pengarah Ameerah Malaysia, YB Zuraida Md Noor dan kemudian diikuti pula secara berselang-seli dengan ucapan daripada Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Dato’ Zahida Zarik Khan.


Gandingan dua ikon wanita muda ini menarik perhatian hadirin apabila sebelum itu mereka menaiki pentas utama sambil berpegangan tangan.


Ia dilihat sebagai signal positif kepada agenda Himpunan Wanita Penyatuan Ummah pada hari ini.


YB Zuraida dalam perkongsiannya berkata, “Wanita muda mesti berperanan mengembalikan negara kita kepada sebuah pemerintahan yang adil dan berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.”


Ujarnya agenda ini perlu dimulakan dengan mengenepikan perbezaan dan fokus kepada titik persamaan yang ada dalam masyarakat.


“Harapan saya agar lanjutan daripada piagam penyatuan yang akan termeterai esok, wanita muda akan turun ke peringkat akar umbi untuk menyampaikan penerangan mengenai agenda penyatuan ummah ini,” tambah beliau.


Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Dato’ Zahida Zarik Khan pula menggesa agar sayap muda Puteri dan Ameerah bersedia untuk saling bekerjasama dalam menjayakan agenda penyatuan ummah ini.


“Taawun siyasi yang disepakati di antara PAS dan UMNO mesti difahami oleh wanita muda agar kita boleh terus bersatu,” kata beliau.


Diakhir sesi, satu detik khas dirakam di dalam slot pertukaran cenderahati antara Pergerakan Wanita UMNO Malaysia dan Dewan Muslimat PAS Malaysia serta antara Ketua Puteri UMNO dan Pengarah Ameerah Malaysia sebagai tanda simbolik penyatuan ummah.



Sehubungan itu, satu montaj khas turut ditayangkan kepada para hadirin mengenai kerjasama dan ta’awun siyasi di antara dua parti terbesar Melayu Malaysia itu.


Dalam pada itu, majlis yang berlangsung dengan lancar hasil kerjasama daripada semua pihak terlibat bakal diteruskan sehingga malam ini dengan pelbagai program menarik untuk para pengunjung yang hadir.


The post Wanita Muda Harus Besarkan Jiwa, Fokus Titik Persamaan appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).


Norlida Ishak Shop