Expired : 18.06.18

Wanita Tua Yang Mendakwa Dirinya Penumpang Titanic Yang Terselamat Namun Tiada Siapa Mempercayainya

Wanita Tua Yang Mendakwa Dirinya Penumpang Titanic Yang Terselamat Namun Tiada Siapa Mempercayainya.. Siapa Sangka Setelah 51 Tahun Kemudian


Kapal Titanic merupakan kapal bersejarah yang sangat terkenal kerana telah tenggel4m bersama kemegahannya. Sesiapa sahaja di zaman itu mahu mengatakan yang mereka menjadi sebahagian dari tragedi kapal mewah yang mal4ng itu.


Tidak diketahui akan gambaran sebenar apa yang berlaku pada malam tr4gedi itu dengan jumlah penumpang yang terselamat hanya seramai 724 orang. Akibatnya kisah Titanic menjadi l4genda dan kadangkala d0ngengan yang ditokok tambah sehingga ada orang yang tidak mempercayai kebenaran kisahnya.


Berthe Antonine Mayne mendakwa beliau merupakan salah seorang penumpang kapal Titanic yang popular itu. Beliau mungkin mempunyai pengalaman berada di dalam kapal itu tetapi tiada siapa yang mempercayainya dan bertanya lebih lanjut.Sehingga kemati4nnya pada 11 Oktober 1962 , 51 tahun selepas tr4gedi, baru dipercayai yang Berthe Antonine Mayne telah bercakap benar.


Cerita Berthe telah didedahkan anak saudara lelakinya yang telah menemui keratan peribadi, ikatan surat dan gambar di dalam kotak kasut lama di tempat simpanan barangan peribadi Berthe.Menurutnya, Berthe cuba meyakinkannya, saudara mara dan kawan-kawan yang beliau berada di atas kapal Titanic bersama jutawan Kanada dan telah terselamat dari tr4gedi itu. Mal4ngnya tiada siapa yang mempercayai sehingga hari kemati4nnya.



Tiada siapa yang dapat memastikan cerita sebenar jika hanya bergantung kepada beberapa keratan peribadi, surat dan gambar. Pengalaman sebenar bagi orang yang mengalami telah menjadi terlambat kerana beliau telah tiada. Cerita hanya boleh didapati dari orang yang mendengar dan kesahihannya telah menjadi cerita kelas kedua.Sebab mengapa cerita Berthe tidak dipercayai menjadi sebahagian penumpang yang terselamat ialah kerana kekasih jutawan Kanadanya itu telah menukar namanya kepada ‘Mrs de Villiers’.


Berdasarkan Titanica, Berthe dan kekasihnya itu telah menggunakan nama samaran ‘Mrs de Villiers’ dari bekas perhubungannya yang lalu, Fernand de Villiers untuk membolehkan beliau mendapat bilik kabin yang mewah.


Menurut sebuah akhbar Belgium, The Het Laatste Nieuws menggambarkan Berthe sebagai seorang yang dikenali dikalangan mereka yang suka hidup berseronok di Brussels dengan dilihat selalu bersama kumpulan mereka yang menikmati kehidupan.


Berthe bekerja sebagai penyanyi k4baret. Semasa umurnya 24 tahun, Berthe bertemu dengan Quigg Baxter, seorang pemain hoki muda dari Montreal, Kanada.Quigg Baxter bersama ibu dan adik perempuannya telah melawat Eropah apabila beliau terpandang keayuan Berthe yang sedang melakukan persembahan di sebuah cafe di Brussels.


Semasa di dalam Titanic, ibu Quigg telah menempah bilik besar kelas pertama yang bersebelahan dan bersambung, B58 dan B60 untuk diri sendiri dan anak-anaknya.Pelayaran kapal Titanic dari Southampton ke New York telah disebarkan dengan berita yang sensasi disebabkan Titanic adalah satu kapal mewah yang terbesar pada waktu itu.



Apabila tiba waktu untuk pulang ke Kanada, Quigg Baxter mahu Berthe Antonine Mayne mengikutnya. Quigg begitu bertekad untuk membawa Berthe sehingga beliau menempah bilik C90 di aras bawah dari biliknya dengan nama ‘Mrs de Villiers’.


Pada malam tr4gedi, ibu Quigg memintanya menanyakan kapten kapal mengapa kapal itu secara tiba-tiba berhenti di tengah lautan. Quigg telah keluar melihat dan bertanya apa yang sedang berlaku kepada Kapten Edward Smith yang sedang berbual dengan serius bersama Bruce Ismay, pengarah urusan White Star yang telah terselamat dalam tragedi itu.


Menurut Vintage News, sebahagian perbualan antara Quigg Baxter dan Kapten Edward Smith adalah seperti ini, “Terdapat sedikit kemal4ngan, tetapi semuanya akan menjadi baik.”Tetapi selepas Kapten Edward Smith beredar, Bruce Ismay memberitahu Quigg Baxter supaya segera membawa keluarganya turun dan menaiki bot kecem4san.


Quigg Baxter dengan segera mengikut nasihat Bruce Ismay dengan membawa ibu dan adik perempuannya dan memastikan mereka menaiki bot kecemasan 6. Kemudian Quigg pergi mendapatkan Berthe dan kemudian memperkenalkan kepada keluarganya. Quigg sempat meminta ibu dan adiknya menjaga teman wanitanya itu.


Pada mulanya Berthe tidak mahu menaiki bot itu tanpa Quigg bersamanya. Sebenarnya ada alasan mengapa Berthe tidak mahu menaiki bot itu. Berthe mahu kembali ke biliknya dan mengambil barangan berharganya.


Tetapi seorang penumpang bernama Molly Brown mendesak Berthe supaya berada sahaja di dalam bot itu kerana ia telah hampir penuh. Bot kecemasan 6 dikatakan bot yang pertama meninggalkan kapal Titanic yang akan tenggelam itu.Quigg Baxter tidak dilihat menaiki mana-mana bot kecem4san dan may4tnya tidak pernah dikenalpasti dan ditemui.Kata-kata terakhirnya pada malam 15 April 1912 itu adalah,”Selamat tinggal, kuatkan semangat semua!”


Selepas tr4gedi itu, Berthe tinggal bersama keluarga Baxter selama beberapa bulan di Montreal sebelum akhirnya kembali ke Eropah. Berthe Antonine Mayne meneruskan karier nyanyiannya di sebuah kabaret di Paris, Perancis.Anak saudaranya mengatakan yang ibu saudaranya tidak pernah berkahwin. Berthe Antonine Mayne telah kembali ke kampung halamannya di Beerchen-Ste-Agathe di Brussels, Belgium dengan menghabiskan masa tuanya di situ. Pada 11 Oktober 1962 , Berthe Antonine Mayne telah meningg4l dunia pada usia 75 tahun.


Sumber: Nangtime
Kredit: InformasiTrending


Norlida Ishak Shop