Expired : 18.06.18

Wany Hasrita Beritahu Kenapa Dia Menangis Ketika Sufian Suhaimi Menyanyi Lagu Di Mata Mu. Memang Menusuk Kalbu Sungguh..

Sebelum ini Sufian Suhaimi meluahkan rasa bimbang ketika menjelangnya Anugerah Juara Lagu 33. Sufian Suhaimi yang tersenarai mengakui sedang berasa tertekan dengan masalah kesihatan yang dihadapinya di saat akhir.


Hasil temuramah bersama Gempak, Sufian mengatakan “Saya mula dengan demam sehingga mengakibatkan tekak berdarah sejak minggu terakhir bulan Disember tahun lalu.


“Tekanan untuk saya melakukan persembahan nanti lebih kepada faktor kesihatan.


“Saya takut keadaan kesihatan tidak sihat sepenuhnya serta persembahan tidak seperti yang dibayangkan nanti,”.


Sufian yang akan membawa lagu Di Matamu hasi ciptaan Sirkhan dan Rinkarnaen kini dikatakan sedang berhati-hati dalam memilih makanan dan sedang cuba mengelakkan dari mengambil makanan yang boleh memudaratkan tekak dan suaranya.


SUFIAN SUHAIMI BUAT KEJUTAN SEHINGGA MENYENTUH HATI PENONTON



Lagu ‘Dimata Mu’ telah mendapat STANDING OVATION dari penonton di dalam Axiata Stadium. Ketika lagu itu dinyanyikan, penonton menyumbangkan lampu yang kelihatan seperti kelip kelip mengiringi Sufian Suhaimi.


Adakah ini bakal menjadi persembahan terbaik atau akan menjadi Juara dalam Anugerah Juara Lagu yang ke 33? Vokal Sufian Suhaimi memang tidak dapat disangkalkan lagi. Seperti kata Sherry Al Hadad, lagu ini asalnya lagu kontroversi kerana lagu ini keluar selepas Sufian putus cinta dengan Elfira Loy.


Selesai sahaja lagu ini dinyanyikan kelihatan ramai penonton mengesat air mata. Ternyata lagu Sufian mampu mengusik hati ramai orang terutamanya wanita.


Tetapi ada seorang yang turut menangis, ketika kamera sedang zoom penonton yang menangis. Kelihatan Wany Hasrita pula sedang mengesat air mata.



Kalau Wany Hasrita pun boleh menangis maknanya isi lagu Di Mata Mu betul betul menusuk kalbu. Apa pun tahniah Sufian Suhaimi kerana membawa lagu itu dengan baik. Jika anda menang anda memang layak.


Sufian Suhaimi – Di Matamu (Live Anugerah Juara Lagu 33) l AJL 33 2019



Artikel By: KL VIRAL


Sufian buat Wany, Ernie menangis


PERSEMBAHAN Sufian Suhaimi menerusi lagu Di Matamu pada pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL 33) semalam membuatkan penyanyi Wany Hasrita dan Ernie Zakri menitiskan air mata.


Wany, 27, atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah berkata nyanyian Sufian menusuk kalbu dan disampaikan dengan penuh perasaan.


“Saya nangis sebab dapat rasa apa yang disampaikan. Malah, penggunaan prop dan penceritaan lagu itu membantu persembahannya. Bukan saja di stadium tetapi saya percaya penonton di rumah pun dapat rasa.


“Sejujurnya, saya dapat rasa kekecewaan dan kemarahan yang ingin disampaikan Sufian dalam lagu itu.


“Sebagai penonton yang menyaksikan secara langsung semalam, saya berasakan Sufian sudah memberikan yang terbaik untuk lagu itu. Saya ada dengar juga, ketika sesi latihan dia buat biasa saja tetapi semalam dia bagi ‘all out’. Dia layak dapat persembahan terbaik,” katanya.




Sementara itu, Ernie, 27, atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, berkata dia dapat merasai kesakitan dan luahan perasaan yang ingin disampaikan Sufian.


“Nyanyian Sufian memang menyentuh jiwa. Apa pun, saya tak nak kaitkan dengan apa yang dia pernah lalui. Saya cuma fokus apa yang dipersembahkan semalam. Dia berjaya membawakan lagu itu dengan penuh perasaan.


“Paling epik apabila tirai dijatuhkan dan pelamin muncul. Bagi saya, persembahannya itu adalah menyeluruh dan ada kaitan dengan semua. Disebabkan itu, ia meninggalkan kesan.


“Apa pun, berdasarkan persembahannya semalam dia memang layak menang kategori itu dan tak boleh disangkal lagi,” katanya.


Persembahan Sufian itu masih menjadi ‘trending’ di Twitter selain mencatat jumlah tontonan tertinggi di laman YouTube TV3 Malaysia iaitu mencecah 800,000 penonton berbanding persembahan finalis lain.


Sumber Artikel : Harian Metro


Norlida Ishak Shop