Expired : 18.06.18

WARDROBE TAMPIL DENGAN KOLEKSI KAPSUL DENGAN 5 GAYA TERKINI BUAT LELAKI

Wardrobe, jenama terkenal penghasilan pakaian bespoke lelaki baru-baru ini mengumumkan pelancaran koleksi kapsul terkini mereka untuk tahun 2019. Kapsul ini menyoroti 10 gaya terkini merangkumi 5 koleksi daripada lounge suit untuk urusan formal sehingga ke jaket sukan untuk penampilan kasual-kemas.



Jelas Lim Fang Heng, Ketua Pegawai Eksekutif Wardrobe Malaysia, “Ada masa yang tertentu untuk mengayakan gaya jalanan, tetapi apabila berkata mengenai stail foolproof; gaya yang tidak lapuk dek zaman dan perincian jahitan adalah amat penting sekali untuk menyerlahkan gaya bersahaja seorang lelaki”. Koleksi kapsul ini memaparkan intipati sartorial dan gaya bandar melengkapkan gaya peribadi anda dari ruang bilik mesyuarat yang formal ke malam yang menyeronokkan di bawah cahaya lampu bandar.


Lim Fang Heng, Ketua Pegawai Eksekutif Wardrobe Malaysia


Koleksi Kapsul Wardrobe ini dimulakan dengan Lounge Suit. Epitome kepada elagan dan perniagaan, merangkumi jaket dengan warna, corak dan fabrik sepadan dengan seluar. Bersama kemeja dan tali leher, koleksi ini cukup sesuai untuk mereka yang inginkan gaya terbaik ketika berurusniaga.



Kemudian, kapsul ini diteruskan dengan Lounge Suit dengan double-breasted. Lapisan dual bertindih di hadapan dengan dua barisan butang. Diukur, dipotong dan disesuaikan dengan bentuk badan, sut dual-breasted ini menawarkan ciri sofistikated untuk lelaki.


Blazer turut diketengahkan dalam koleksi ini. Koleksi blazer yang ditampilkan mengetengahkan warna biru marin yang dipadankan dengan kemeja, baju polo dan seluar berona putih mahupun kelabu untuk gaya lebih santai namun masih mengekalkan ciri maskulin dengan penuh gaya.



Untuk keraian lebih kasual dan effortless, koleksi Capsule ini juga memperkenalkan Jaket Sukan. Jaket sukan boleh dipadankan dengan chinos, polo tee atau seluar denim klasik dan baju putih dalam menambah tekstur dan gaya. Dengan kombinasi warna, corak dan tekstur menarik, sesuai buat anda yang ingin ke parti, minum petang mahupun makan malam.



Untuk tuksedo pula, satu lapel puncak tunggal menawarkan alternatif kepada varian hitam klasik untuk gaya menawan. Dipadankan dengan bowtie dan baju berona putih, rupa ini memancarkan formaliti yang terbia buat anda.


Terakhir sekali, Jaket Makan Malam, versi lebih santai untuk Tuxedo. Sesuai untuk acara rasmi; terutamanya apabila kod berpakaian baju hitam dikenakan, tetapi juga bersesuaian untuk acara sosial, seperti parti atau majlis penghargaan.



Jenama ini mempunyai empat butik dengan kedai utama berkeluasan 6000 kaki persegi yang terletak di Jalan Maarof di Bangsar, dan tiga butik lain di Parkson, Pavilion KL, Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel dan IOI City Mall, Putrajaya. Kunjunginya hari ini!


The post WARDROBE TAMPIL DENGAN KOLEKSI KAPSUL DENGAN 5 GAYA TERKINI BUAT LELAKI appeared first on Glam Lelaki.


Norlida Ishak Shop