Expired : 18.06.18

Warna Kulit Finalis Dewi Remaja Haneesya Hanee Dikutuk Hitam Macam Gadis Afrika

Pelakon yang pernah membintangi drama Cik Reen Encik Ngok Ngek dan juga salah seorang finalis Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee yang baru sahaja ingin menapak dalam industri hiburan tempatan sudah mula menerima kecaman daripada netizen.



Haneesya mendedahkan beliau menerima mesej berbaur sindiran dan sinis daripada seorang remaja perempuan yang mengutuk serta menghina warna kulitnya yang gelap seperti gadis Afrika.









Bukan kali pertama berlaku, Haneesya tidak kisah dengan kritikan terhadap dirinya dan mempunyai cara tersendiri untuk menghadapi segala kutukan.



Untuk makluman anda, Haneesya mempuyai darah kacukan Melayu-Arab dan merupakan cicit kepada Seniwati Zaharah Agus yang terkenal menerusi watak Latifah sebagai isteri pertama P. Ramlee dalam filem Madu Tiga.



Bukan bermaksud untuk menyalahkan mana-mana pihak tetapi sedikit sebanyak lambakan produk pemutihan memberikan presepsi bahawa mereka yang berkulit cerah itu sempurna dan lebih menyerlah berbanding mereka yang berkulit gelap. Sebenarnya, kecantikan itu datang dari dalam diri, jikalau seseorang itu cantik hatinya, maka luarannya juga akan turut cantik.


Kredit Foto : Rean Ruddean & Majalah Remaja


Norlida Ishak Shop