Expired : 18.06.18

Wartawan Islam di Melaka kesal dihidang babi


BANGI, 28 Syawal 1439H, Khamis – Beberapa wartawan beragama Islam dan Hindu meluahkan rasa terkilan apabila dihidangkan menu babi ketika membuat liputan majlis makan malam Anugerah Pencapaian Kecemerlangan Agro Malaysia di sebuah sekolah di Melaka, malam tadi.


Menurut laporan Utusan Online hari ini, wartawan berasa terkilan terhadap sikap penganjur yang tidak sensitif untuk menyediakan meja khas makanan halal kepada wartawan beragama Islam.


Akhbar itu berkata, majlis itu dihadiri Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri dan beberapa tetamu kehormat lain, gagal dikelolakan dengan baik.


“Lebih teruk lagi, langsung tiada wakil daripada pihak penganjur yang mendekati wartawan untuk memaklumkan mengenai jenis hidangan sepanjang majlis tersebut hingga menyebabkan wartawan beragama Islam duduk semeja dan makan makanan yang tidak diyakini halal bersama wartawan bukan Islam,” lapor akhbar itu.


Akhbar berkenaan turut menyiarkan gambar hidangan babi, yang dijamu di atas meja wartawan.


Antara wartawan yang hadir termasuk daripada agensi berita Utusan Malaysia, MelakaKini, RTM Melaka, The Star, Tamil Nesan Daily serta beberapa wartawan daripada akhbar Cina.


The post Wartawan Islam di Melaka kesal dihidang babi appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop