Expired : 18.06.18

Waytha Moorthy menteri celaka bukan menteri perpaduan: Ibrahim Ali


KUALA LUMPUR, 24 Rabkulawal 1440H, Ahad – Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, Senator P Waytha Moorthy, sepatutnya menjadi ‘menteri celaka’ dan perlu meletak jawatan.


Pemimpin Hindraf itu adalah Menteri Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).


Dalam ucapannya sebelum mesyuarat agung pertubuhan itu di sini hari ini, Ibrahim mengecam kenyataan dibuat menteri berkenaan berhubung isu Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25 di Subang Jaya, Isnin lalu.


“Waytha Moorthy sepatutnya menjadi menteri celaka, bukan menteri perpaduan. Sekejap dia menyalahkan polis kerana dikatakan tidak bertindak dam kemudian membuat pusingan U dan memuji mereka, tanpa memohon maaf terhadap kenyataan awalnya.


“Dia sepatutnya dipecat. Saya juga percaya kenyataannya baru-baru ini menyebabkan ada kumpulan di India yang mendakwa terdapat banyak kematian ketika rusuhan itu. Dia telah mencemarkan imej negara kita.


“Disebabkan dia, sekarang terdapat ketegangan antara kaum,” katanya seperti dilapor akhbar The Star.


Ucapan beliau mendapat reaksi daripada orang ramai yang hadir sambil melaungkan kutukan terhadap Waytha Moorthy, menggesa menteri itu meletak jawatan dan mendesak semua pihak menghormati hak Melayu.


Ibrahim juga berkata, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad patut menilai semula kuota menteri India dalam Kabinetnya.


“Populasi kaum India hanya tujuh peratus. Jadi kenapa mesti terlalu ramai menteri India. Adakah sudah tidak ada Melayu dalam Pakatan Harapan yang layak,” katanya.


Beliau juga menggesa kerajaan tidak menghapuskan Akta Hasutan kerana alasan keselamatan.


“Ia (Akta Hasutan) mesti dikekalkan. Anda lihat kepada blogger dan tentera siber sekarang menghina Islam menggunakan nama palsu. Sebelum ini, ketika kita masih mempunyai ISA, tindakan diambil terhadap orang seperti ini.


“Jika kita masih mempunyai ISA, orang seperti ini sudah ditangkap sebagai langkah pencegahan,” katanya.


Sementara itu, polis turut menempatkan anggotanya di kawasan hotel tempat mesyuarat agung Perkasa diadakan, sebagai langkah keselamatan.


The post Waytha Moorthy menteri celaka bukan menteri perpaduan: Ibrahim Ali appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop