Expired : 18.06.18

Wee Jeck Seng Mulakan Tugas, Sekali Lagi Rakam Penghargaan

KUALA LUMPUR, 18 Nov – Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng yang memulakan tugas hari ini di Dewan Rakyat beriltizam untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebaik mungkin selepas diberikan mandat oleh pengundi Tanjung Piai Sabtu lalu.


Pada sidang medianya di Lobi Parlimen selepas mengangkat sumpah di Dewan Rakyat pagi tadi, Dr Wee berharap kerajaan menunaikan janji yang telah dibuat semasa tempoh PRK berlangsung.


“Saya ambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada Barisan Nasional (BN) atas kerjasama dalam memastikan kemenangan parti.


“Hari ini merupakan hari pertama datang ke parlimen menjalankan tugas dan janji sepanjang tempoh PRK Tanjung Piai akan saya lunaskan dan hari ini dua pusat khidmat saya telah dimulakan satu di Pekan Nenas dan satu lagi di Pontian,” katanya.


Katanya lagi, beliau akan memastikan masalah-masalah utama akan diberi perhatian termasuklah memastikan supaya kerajaan mengambil peduli dan menyelesaikannnya.


Anggota Parlimen blok pembangkang di Parlimen bertambah apabila, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat hari ini selepas memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, Sabtu lalu.


Dr Wee memperoleh undi dengan majoriti sebanyak 15,086 undi berbanding lima yang lain iaitu Karmaine Sardini dari PH-PPBM memperolehi 10,380 undi; Gerakan Wendy Subramaniam 1,707 undi dan Berjasa Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz 850 undi, manakala dua calon Bebas iaitu Dr Ang Chuan Lok mendapat 380 undi dan Faridah Aryani Abdul Ghaffar 32 undi. – UMNO Online


Norlida Ishak Shop