Expired : 18.06.18

Western Digital Memperkenalkan iNAND EM132 – Storan eMMC Dibina Khusus Untuk Industri Automotif

Western Digital ialah sebuah jenama peranti storan komputer yang cukup terkenal, dengan siri cakera keras dan SSD yang digunakan oleh pengguna biasa mahupun syarikat-syarikat korporat.


Terkini, mereka telah memperkenalkan storan iNAND EM132, iaitu sebuah storan eMMC pertama daripada Western Digital yang dibina menggunakan cip storan 3D NAND TLC dengan storan sebesar 256GB.



Menurut mereka, proses ini melanjutkan lagi jangkahayat eMMC, dan bukan itu sahaja, Western Digital berkata bahawa storan ini dibina khusus untuk tujuan automotif, dan mampu memuatkan pelbagai perisian pintar yang diperlukan untuk kenderaan persendirian tidak lama lagi.


Storan iNAND EM132 ini juga hadir dengan beberapa ciri-ciri yang menarik untuk tujuan tersebut, seperti:



  • Pemantauan kesihatan kenderaan

  • Pengurusan haba

  • Segar semula auto/manual

  • Pengurusan kuasa kenderaan

  • Penyimpanan data


Norlida Ishak Shop