Expired : 18.06.18

“Will Make Beckham Proud,”- Selain Vokal Macam ‘Telan Kaset’, Rambut On Point Misha Omar Buat Ramai Lelaki Makan Hati

Persembahan penyanyi, Misha Omar pada malam Anugerah Juara Lagu ke-33  sememangnya menggamatkan suasana di Axiata Arena semalam, menerusi single Sampai Bila.


Dengan penghayatan dan vokal yang bertenaga, tidak hairanlan penyanyi asal Kelantan ini diangkat sebagai pemenang anugerah vokal terbaik pada edisi kali ini.


Bagaimanapun, menariknya, selain daripada vokal yang mantap, gaya rambut Misha turut menjadi perhatian bukan sahaja perempuan malah buat lelaki juga.





Gaya rambut pendek ala boy-cut yang dikenakan Misha dilihat kemas sama seperti trend potongan rambut kebanyakan lelaki masa kini.


Di laman Twitter, rata-rata netizen memuji gaya rambut penyanyi tersebut malah ada juga yang ingin mendandan rambut sama seperti pemenang tempat ke-3 itu selepas ini



Hael tak sikat rambut pun dpt nombor satu tapi misha omar punyalah sikat rambut siap pomade dpt no. 3 how come? pic.twitter.com/uvoXl0mNJC


— yeos (@ysrafqh) February 3, 2019




#AJL33 rambut Misha Omar will make Beckham proud pic.twitter.com/ds9YQzBOqg


— Syaful.Mohamed (@syafulizwan) February 3, 2019




MISHA OMAR HENSEM LOLLLLLL RAMBUT DIA COOLL WHATTTT


— Qizak (@aqilahzaki_) February 3, 2019




Rambut Misha Omar style


Norlida Ishak Shop