v Windows 10 May 2020 Update Kini Sedia Dimuat-Turun
Expired : 18.06.18

Windows 10 May 2020 Update Kini Sedia Dimuat-Turun

Microsoft kini telah pun mula menawarkan kemaskini terbaru Windows 10 kepada semua pengguna seluruh dunia, iaitu Windows 10 May 2020 Update. Kemaskini ini ditawarkan secara percuma kepada semua pengguna Windows 10 seluruh dunia.

Kemaskini baru ini menyertakan penambah-baikkan sekuriti, selain beberapa ciri baru, termasuk fungsi Cortana yang ditambah-baik, akses carian pantas untuk beberapa terma popular, sokongan papan kekunci Kaomoji, kebolehan menamakan semula desktop maya, dan ciri-ciri DirectX 12 Ultimate baru.

Untuk anda yang menggunakan Windows 10, boleh memuat-turun versi terkini sistem operasi ini dengan ke Settings > Update & Security > Windows Update, dan seterusnya memilih Check For Updates.