Expired : 18.06.18

‘Wira tak didendang’


BANGI, 19 Rabiulawal 1440H, Selasa – Namanya tidak dikenali, tetapi keberaniannya menyelamatkan mangsa lemas akan terus diingati.


”Wira tidak didendang’. Ungkapan paling sesuai untuk anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menyelamatkan seorang kanak-kanak dalam satu kejadian lemas di Hotel Tiara, Labuan.


Memetik posting Facebook Dini Syarif, Sarjan Mohd Helmy Abd Razak menyedari kejadian tersebut selepas terdengar makluman daripada seorang wanita, menyatakan seorang kanak-kanak lelaki tenggelam di dasar kolam.


Tanpa melengahkan masa, beliau meluru ke lokasi kejadian sebelum terjun ke dalam kolam bagi menyelamatkan kanak-kanak malang berkenaan.


“Langkah yang diambil sarjan adalah memberi bantuan pernafasan mulut ke mulut. Ketika bantuan sedang diberikan, seorang pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat bergegas hadir memberikan bantuan.


“Hasil kerjasama semua yang berada di tempat kejadian, kanak-kanak tersebut berjaya diselamatkan,” kata Dini Syarif.


Sarjan Mohd Helmy mempunyai sijil kelayakan responden pertama jika berlaku sebarang kejadian kecemasan (EFR) dan Penyelam Penyelamat.


Tindakan terpuji beliau menjadi wira penyelamat layak dijadikan contoh khususnya dalam kalangan warga TUDM dan rakyat Malaysia.


Norlida Ishak Shop