Expired : 18.06.18

Wolves benam Villa

Wolverhampton Wanderers menewaskan Aston Villa, 2-1 malam ini, menerusi gol jaringan Ruben Neves dan Raul Jimenez yang membawa pasukan itu dalam kelompok lapan teratas Liga Perdana.


Ia detik yang sukar buat Villa selepas kehilangan penjaga gol mereka Jed Steer akibat kecederaan selepas hanya beraksi lima minit.


Wolves menguasai permainan namun hanya mampu mendahului selepas setengah jam perlawanan berlangsung, Neves tidak memberikan peluang kepada penjaga gol gantian Orjan Nyland untuk bertindak menghalang percubaannya.


Satu lagi kecederaan buat Villa dialami pemain pertahanan kiri mereka Matt Targett membuatkan pemain berkenaan digantikan sebelum waktu rehat permainan tetapi pelawat mengekalkan fokus pada perlawanan itu.


Villa bagaimanapun memberi ancaman untuk menyamakan kedudukan namun Wolves pantas memanfaatkan peluang memperoleh mata menerusi Jimenez, bagi menebus kesilapannya mensia-siakan beberapa peluang awal, merembat di penjuru gawang selepas gerakan menarik dari Adama Traore.


Gol saguhati Villa hadir pada minit akhir perlawanan menerusi Trezeguet namun agak terlambat untuk mengubah kedudukan.


Wolves mencatat kemenangan pertama ke atas Villa sepanjang lapan tahun. Kemenangan membolehkan mereka memungut 16 mata daripada 12 perlawanan manakala Villa kekal di kedudukan keempat dari bawah dengan 11 mata.


Norlida Ishak Shop