Expired : 18.06.18

Wow! Hebat Sungguh! Tak Percaya? Ini 10 Sebab Kenapa Anda Perlu Ke Pameran #MyDigitalMaker 2019




Badrul Hashim



Advertorial

Wow! Hebat Sungguh! Tak Percaya? Ini 10 Sebab Kenapa Anda Perlu Ke Pameran #MyDigitalMaker 2019
Dunia digital yang semakin berkembang membuatkan kita tidak mahu ketinggalan. Malah pelbagai peluang terbuka luas dengan kemajuan digital ketika ini. Sebab itulah kami senaraikan 10 sebab kenapa anda tidak harus melepaskan peluang untuk datang ke Pameran #MyDigitalMaker 2019 bermula pada 14 September ini.

1. Mengembara Ke Masa Hadapan


Alami dunia digital yang bakal mendominasi masa hadapan kita. Terkini, Pameran #MyDigitalMaker buat kali ketiga membawa anda mendalami Space Explorer. Anda kini boleh mengalami pengembaraan di ruang angkasa!

2. Aktiviti Seisi Keluarga


#MyDigitalMaker diadakan untuk memberikan anda pelbagai pengetahuan hebat tentang kemajuan teknologi di Malaysia dan dunia. Ia bertepatan dan sangat bersesuaian untuk seisi keluarga! Acara dua hari ini padat dengan aktiviti-aktiviti untuk seisi keluarga dengan banyak perkara untuk dipelajari!

3. Temui Selebriti Hebat


Pameran #MyDigitalMaker juga bakal dimeriahkan dengan kehadiran selebriti-selebriti tanah air. Jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan penyanyi Rap popular, Caprice yang akan menghiburkan pengunjung di pameran ini!

4. Sesi Bersama Cruzr, Robot Humanoid!


Pernahkah anda berbual dengan robot humanoid? Inilah peluang yang disediakan untuk anda di #MyDigitalMaker. Cruzr merupakan robot yang direka khas berasaskan teknologi awan, robot humanoid sosial untuk berbual, bersoal jawab dan mengumpul data.

5. Profil Melalui Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligent)



Di Pameran #MyDigitalMaker juga tersedia Artificial Intelligent (AI) atau juga dipanggil Kecerdasan Buatan untuk anda membuat pilihan karier anda. Mana tahu, pilihan tepat untuk anda memilih kerjaya anda suatu hari nanti.

6. Battle of the Ninjas


Aktiviti yang pastinya bakal membuat anda teruja di Pameran #MyDigitalMaker adalah ‘Battle of the Ninjas’ yang merupakan pertarungan Digital Ninja dalam mengetengahkan rekaan mereka dalam menangani Revolusi Industri Digital. Anda pasti tidak mahu melepaskan peluang ini!

7. Barisan Speaker Terkenal


Selain dari Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Surina Shukri dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Yang Berhormat Gobind Singh, peserta turut berpeluang menyaksikan beberapa nama besar dari industri digital memberikan ucapan dan beramah mesra dengan pengunjung #MyDigitalMaker.

8. Bengkel Percuma


Inilah peluang anda untuk mengetahui mengenai industri digital. Terdapat pelbagai bengkel yang boleh disertai di Pameran #MyDigitalMaker. Lebih menarik, penyertaannya adalah PERCUMA! Anda juga boleh mempelajari tentang Industri Revolusi 4.0 dan impaknya ke atas masa depan negara!

9. Hadiah Hebat Untuk Dimenangi!


Tahukah anda di Pameran #MyDigitalMaker, anda boleh memenangi pelbagai hadiah hebat seperti hadiah wang tunai, serta pelbagai hadiah lumayan dalam cabutan termasuk LEGO Mindstorms bernilah lebih RM2,000.

10. Pertandingan Menarik


Saksikan beberapa pasukan bertanding dalam pertandingan menerusi acara yang akan berlangsung selama dua hari ini di #MyDigitalMaker. Pertandingan termasuk mereka corak kemeja-T dan seni reka digital yang anda boleh juga boleh nikmati.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Kunjungi Pameran #MyDigitalMaker 2019 pada 14 dan 15 September ini.


Norlida Ishak Shop