Expired : 18.06.18

Xiaomi Hadir Dengan Penawaran Fon Telinga Nirwayar, AirDots

Kita telah sedia melihat penawaran seumpama Apple AirPod daripada beberapa pengeluar sebelum ini, dan kini Xiaomi dilihat hadir dengan penawaran tersendiri mereka, dinamakan AirDots.


AirDots


Xiaomi AirDots merupakan fon telinga tanpa wayar yang turut hadir dengan sokongan penggunaan Bluetooth 5.0. Ia boleh digunakan bersama-sama telefon pintar, selain mengakses pembantu maya Xiaomi dengan pantas menggunakannya. Selain daripadanya, penawaran fon telinga ini adalah penawaran asas sahaja – sekaligus membolehkan anda menggunakannya pada harga rendah berbanding penawaran seperti Apple AirPods.


Buat masa ini, AirDots ini hanya ditawarkan di China sahaja. Di China, ia ditawarkan pada harga 199 Yuan, iaitu sekitar RM119.


Norlida Ishak Shop