Expired : 18.06.18

Xiaomi Memfailkan Hak Cipta Nama Mi Mix Alpha, Gambar Acah Memperlihatkan Paparan Surround Screen

Siri peranti pintar Xiaomi Mi Mix boleh dikatakan siri peranti konsep oleh Xiaomi, kerana secara kebiasaannya, melalui siri Mi Mix inilah Xiaomi akan memperlihatkan konsep rekaan dan teknologi terbaru yang akan digunakan oleh peranti-peranti mereka akan datang.


Baru-baru ini, ia telah dilaporkan bahawa Xiaomi telah memfailkan hak cipta untuk nama peranti Xiaomi Mi Mix Alpha, iaitu pengganti kepada peranti Xiaomi Mi Mix 3 yang dilancarkan pada awal tahun ini.



Tidak banyak yang diketahui mengenai peranti Mi Mix Alpha ini, tetapi terkini, Ice Universe telah hadir dengan sebuah gambar acah yang nampaknya telah tertiris ke arena web.



New posters appear, MIX α may be the fifth stage! pic.twitter.com/fIYiZdo4sr


— Ice universe (@UniverseIce) September 20, 2019



Seperti yang dikatakan awal tadi, siri peranti Xiaomi Mi Mix biasanya akan hadir dengan ciri-ciri baru ataupun gimik yang membuatkannya lain daripada yang lain.


Melalui gambar acah yang ditiriskan oleh Ice Universe, nampaknya Mi Mix Alpha akan hadir dengan paparan Surround Screen dimana bahagian paparan akan melitupi keseluruhan bahagian sisi tepi peranti ini hingga ke belakang.


Gambar acah tersebut turut memperlihatkan tarikh 24 September 2019, Selasa depan, dimana ia mungkin pengumuman mengenai peranti ini, untuk memperkenalkan spesifikasi dan ciri-ciri peranti ini.


Di waktu dimana syarikat-syarikat pembina peranti sedang giat membangunkan peranti boleh-lipat, Xiaomi nampaknya mengorak langkah mereka sendiri dengan paparan di bahagian sisi ini.


Sama-sama kita tunggu pengumuman daripada Xiaomi mengenai peranti Xiaomi Mi Mix Alpha terbaru ini.


Norlida Ishak Shop