Expired : 18.06.18

Xiaomi Mi 9S 5G Tersenarai Di TENAA, Dijana Snapdragon 855+ Dan Bateri 4000mAh

Sebelum ini pernah kami laporkan yang Xiaomi akan hadir dengan sebuah peranti 5G baharu untuk tahun ini. Peranti tersebut berkemungkinan adalah Mi MIX 4. Duka cita dimaklumkan, peranti ini mungkin tidak akan kita lihat kerana sebuah peranti 5G Xiaomi lain telah muncul di TENAA.



Peranti ini adalah Xiaomi Mi 9S 5G. Menurut sumber syarikat telekomunikasi di China telah memaklumkan yang bulan September kelak, akan ada sebuah peranti 5G baharu dari Xiaomi. Disebabkan Mi 9S 5G ini sudah pun tersenarai, peranti ini mungkin adalah peranti 5G Xiaomi yang seterusnya dan bukannya Mi MIX 4.



Dari segi rekaan, ia dilihat mempunyai rekaan yang lebih membulat. Ini kerana ia memuatkan bateri berkapasiti 4000mAh. Untuk cip pemprosesan pula, ia disenaraikan mempunyai kuasa 2.956GHz – yang sama dengan Snapdragon 855 Plus. Skrin dan kamera dilihat mempunyai spesifikasi yang sama dan tiada perubahan.


Tetapi, memori dilihat mempunyai pilihan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB. Mari sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi Xiaomi pada September kelak.


Norlida Ishak Shop