Expired : 18.06.18

Xiaomi Mula Menjual Pengecas Baesus 60W USB-PD PPS + QC4.0 Pada Harga Sekitar RM88

Sistem pengecasan yang Google ingin semua gunakan adalah USB Power Delivery berasaskan USB-C. Namun, banyak jenama masih berdegil dan menggunakan sistem pengecasan pantas tersendiri. Akan tetapi, OnePlus dan Realme walaupun menggunakan Warp Charge dan SuperVOOC – mereka tetap menyokong USB-PD. Peranti Samsung Galaxy Note10+ pula menyokong sehingga 45W USB-PD, namun tidak semua pengecas pihak ketiga menyokongnya.



USB Power Delivery adalah piawaian pengeceasan pantas yang stabil. Ia mempunyai teknologi Programmable Power Supply, atau PPS. Teknologi ini boleh mengenalpasti kuasa yang sesebuah peranti itu sokong dan kuasa pengecasan akan dihadkan dengan kuasa yang sesuai sahaja. Terkini di laman biayasama Xiaomi Youpim, mereka mula menjual pengecas tri-port Baesus 60W. Pengecas ini hadir dengan teknologi USB-PD PPS dan juga QC4.0. Port yang terbina adalah dua USB-A dan satu USB-C. Dengan sokongan PPS ini, ia bukan sahaja akan menyokong QC4.0, tetapi juga QC3.0, FCP, AFC dan pengecasan pantas MTK.



Menurut laman web mereka, pengecas ini boleh mengecas iPhone 11 dalam masa hanya 1 jam 30 minit atau Xiaomi Mi 9 dalam masa 1 jam. Jika itu tidak cukup, pengecas ini juga boleh digunakan untuk mengecas Nintendo Switch, MacBook atau juga komputer-komputer riba lain yang menggunakan USB-C untuk pengecasan. Harga jualan adalah 149 Yuan, iaitu sekitar RM88.


Norlida Ishak Shop