Expired : 18.06.18

Xiaomi Mula Merekrut Pengguna Mi 9 Yang Ingin Mencuba MIUI Android Q

Xiaomi Mi 9 adalah antara peranti terawal yang boleh menguji Android Q. Akan tetapi, versi Android Q yang boleh diuji adalah berasaskan Android asli dan hanya sesuai untuk digunakan oleh para pembangun. Ini kerana versi Android ini sangat tidak stabil dan banyak fungsi tidak boleh digunakan, selain mempunyai masalah prestasi yang serius.


Disebabkan Xiaomi berjanji untuk edarkan kemaskini MIUI Android Q pada suku keempat tahun ini, mereka mula merekrut pengguna Xiaomi Mi 9 yang ingin mencuba MIUI berasaskan Android Q. Walau bagaimanapun, bukan semua pengguna boleh menguji MIIUI baharu ini dan hanya mereka yang terpilih sahaja – seperti pengguna yang aktif di forum, moderator forum atau juga para pembangun aplikasi.


Tidak pasti juga jika ini adalah MIUI 11 atau masih lagi MIUI 10, kita hanya akan ketahui lanjut selepas ianya dikongsi oleh mereka yang menjalankan MIUI Android Q ini melalui forum rasmi MIUI. Perlu diingatkan, jika ROM ini tertiris di web – hanya versi China sahaja yang akan wujud. Perkara ini adalah disebabkan, Xiaomi telah berhenti mengedarkan ROM Beta MIUI versi Global – atas alasan pengguna global lebih layak menggunakan ROM versi stabil sahaja.


Norlida Ishak Shop