Expired : 18.06.18

Xpax Menawarkan Pas Internet Tanpa Had Dengan Langganan Serendah RM1

Akses internet pada hari ini telah menjadi salah satu keutamaan bagi ramai pengguna. Ada kalanya, anda hanya inginkan penggunaan internet dengan pantas dan tanpa had untuk seketika waktu, dan kini melalui Xpax, Celcom menawarkan kemudahan berkenaan.


Bermula hari ini, pengguna Xpax boleh nikmati internet tanpa had selama sejam dengan harga langganan serendah RM1 melalui pakej Ultra Hour Pass.


Xpax Unlimited


Pek Celcom ini juga turut ditawarkan pada harga RM2, RM5 dan RM8 – masing-masing dengan masa penggunaan 3 jam, 12 jam dan 24 jam. Kesemua pelan ini menawarkan akses internet tanpa had dalam tempoh berkenaan.


Penawaran pas internet khas ini adalah terhad untuk penggunaan pada peranti mudah-alih sahaja, dan tidak boleh digunakan untuk tujuan hotspot.


Xpax Unlimited


Bagi anda yang berminat untuk melanggan akses internet tanpa had, boleh melanggan Ultra Pas Celcom Xpax ini terus melalui aplikasi Celcom Life hari ini.


Norlida Ishak Shop