Expired : 18.06.18

Yahudi, Masjidil Aqsa tidak ada apa-apa hubungan: PBB

BAITULMAQDIS, 26 Rabiulawal 1440H, Selasa – Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) menolak sebarang hubungan antara Yahudi dengan Masjidil Aqsa, selain meluluskan enam resolusi mengutuk pelanggaran Israel terhadap Palestin.


Antaranya ialah Resolusi A / 73 / L.29 bertajuk ‘Baitulmaqdis’ yang menggesa status quo bersejarah di tempat suci Baitulmaqdis, termasuk Haram Al-Sharif, dihormati.


Penggunaan nama Arab, ‘Baitulmaqdis’ bagi tempat suci itu dalam dokumen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah ditafsirkan sebagai penolakan halus terhadap dakwaan kononnya ia mempunyai hubungan dengan Yahudi.


Nama yang digunakan oleh orang Yahudi – Temple Mount – pula tidak disebutkan dalam mana-mana dokumen PBB.


Resolusi berkenaan diluluskan dengan 149 undi yang memihak, 11 menentang dan 14 berkecuali.


Dalam resolusi itu, UNGA memperbaharui pengakuannya bahawa apa-apa tindakan yang diambil oleh Israel, untuk mengenakan undang-undang, kuasa dan pentadbirannya di Baitulmaqdis adalah haram, dan, akibatnya batal, tidak sah dan tidak ada legitimasi.


Perhimpunan itu turut menyeru agar Israel segera menghentikan semua prosedur haram dan unilateral itu.



Selain itu, perhimpunan turut meluluskan beberapa resolusi lain mengenai persoalan Israel-Palestin. Ia menolak pendudukan Israel di dataran tinggi Golan, dan meminta rejim itu menarik diri dari semua kawasan Bukit Golan di Syria yang diduduki secara haram.


Resolusi itu juga mengisytiharkan bahawa keputusan Israel pada 14 Disember 1981 untuk mengenakan undang-undang, bidang kuasa dan pentadbirannya terhadap Bukit Golan di Syria adalah tidak sah.


Pemerhati Tetap Palestin ke PBB, Riyad Mansour berkata, masyarakat antarabangsa mengesahkan sokongan terhadap tujuan nasional Palestin, walaupun terdapat usaha yang dilakukan oleh pentadbiran Amerika Syarikat dalam forum antarabangsa untuk menentang perkara ini. – Agensi


The post Yahudi, Masjidil Aqsa tidak ada apa-apa hubungan: PBB appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop