Expired : 18.06.18

Yayasan Ikhlas lancar program sumbangan bantu nelayan


BANGI, 1 Jamadilakhir 1440H, Rabu – Yayasan Ikhlas, sebuah pertubuhan peduli dan prihatin akan mengadakan program sumbangan dalam bentuk wang tunai dan barangan keperluan asas kepada lebih 150 nelayan di Dungun, Terengganu, 28 Februari ini.


Program dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Dungun itu bagi membantu nelayan yang kehilangan punca pendapatan berikutan cuaca tidak menentu.


“Hasil laut ialah pendapatan utama nelayan. Cuaca yang tak menentu dan laut bergelora setiap masa menyebabkan bekalan pendapatan mereka terputus,” kata Pengerusi MPKK Dungun, Mohd Nor.


Justeru, Yayasan Ikhlas ingin mengajak mereka yang peduli dan prihatin untuk bersama-sama menjayakan program sumbangan ini dengan berkongsi rezeki bersama-sama mereka.


Sumbangan berbentuk makanan asas boleh disampaikan dengan menghubungi pegawai Yayasan Ikhlas, Ikmal di talian 011-10347997, manakala sumbangan wang boleh disalurkan melalui pautan https://www.billplz.com/bantunelayan.


Program ini adalah salah satu program Yayasan Ikhlas dalam kluster bencana yang memfokuskan bantuan secara ‘one-off’ kepada mangsa bencana sama ada dalam dan luar negara.



The post Yayasan Ikhlas lancar program sumbangan bantu nelayan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop