Expired : 18.06.18

Yoe Parey Dipuji Comel Oleh Bella Astillah, Netizen Geli Hati Babak Spontan


Awal hari ini, youtuber Syahmi Sazli yang terkenal menerusi ‘Drama Spontan’ ada berkongsi video pendek yang merakamkan pertemuan salah seorang bintang utama program tersebut, Yoe Parey dengan pelakon Bella Astillah.


Selain Asif, gelagat selamber dan spontan yang dimainkan Yoe Parey turut mencuit hati ramai.


Menerusi video yang dimuat naik itu, keduanya dirakam sedang berbual sambil berseloroh antara satu sama lain.




“You suka ke saya?” tanya Yoe atau nama penuhnya, Muhammad Ashrul Hakim Lukman ini.


“Suka ke you maksudnya? Suka sebab you comel sangat. You umur berapa,? jawab Bella lalu menggamatkan suasana.


Video yang sudah pun mendapat lebih 100,000 tanda suka itu sudah pun ditonton hampir 600,000 kali setakat ini.


Terdahulu, Sinar Harian melaporkan


Norlida Ishak Shop