Expired : 18.06.18

Youtube Bakal Memaparkan “Panel Informasi” Untuk Menilai Kesahihan Fakta Berdasarkan Carian

Internet merupakan platform terpantas untuk menerima informasi terkini namun adakalanya terdedah dengan penyebaran info dan berita palsu. Banyak syarikat yang sedia menangani isu ini antaranya Facebook yang sedia memerangi berita palsu. Youtube pada hari ini juga telah mengumumkan akan hadir dengan sebuah fungsi baru, bagi memastikan carian yang dicari bertepatan dengan info yang disahkan.


Fungsi ini dikenali sebagai “panel informasi” dengan memperlihatkan tahap kesahihan sesuatu carian. Sekiranya anda membuat carian mengenai “virus pada paracetamol”, ia akan memperlihatkan tahap kesahihan maklumat berdasarkan apa yang disebut-sebut oleh berita palsu. Sekiranya ia mempunyai penilaian yang rendah, ia akan disertakan dengan amaran “Hoax Alert!” untuk menangkis penyebaran info palsu ini.


Perkara ini dijayakan melalui sistem penilaian fakta yang dihasilkan oleh Google bersama laman-laman berita dan informasi yang sah. Setiap carian yang mempunyai kaitan dengan penyebaran info palsu akan ditentukan melalui laman-laman ini, dan kemudiannya Google akan memaparkannya dalam “panel informasi” ini.


Fungsi ini telah diberikan di India terlebih dahulu dan dijangka akan diperkenalkan secara berperingkat. Dengan penyebaran berita dan info palsu yang meningkat dari hari ke hari, fungsi ini sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran kepada pengguna dengan lebih efektif.


Norlida Ishak Shop