Expired : 18.06.18

YouTube Juga Sedang Membangunkan Kandungan Interaktif Seperti Netflix

Kandungan Interaktif telah dipopularkan semula oleh Netflix menerusi filem Black Mirror Bandersnatch tahun lalu. Ia adalah percubaan pertama yang benar-benar mendapat perhatian kerana sebelum ini mereka menghasilkan rancangan interaktif hanya untuk kanak-kanak. Menurut laporan Bloomberg, YouTube juga sedang membangunkan kandungan interaktif mereka sendiri.



Pengenalan kandungan interaktif di YouTube akan memberikan persaingan kepada Netflix. Pada waktu yang sama boleh menjana keuntungan pengiklanan yang tinggi. Ini adalah strategi baharu selepas mengurangkan jumlah kandungan asli sendiri yang ditawarkan menerusi YouTube Originals. Rancangan-rancangan baharu di bawah YouTube Originals ini akan diumumkan di dalam acara khas bulan hadapan di New York.


Norlida Ishak Shop