Expired : 18.06.18

Yuran PIBG bertentangan dengan Peraturan Pendidikan




Gambar hiasan

Ipoh - Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)  tidak boleh mengutip yuran daripada ibu bapa kerana bertentangan dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa - Guru) 1998.


Pengerusi Kumpulan Penggerak Ibu Bapa dan Komuniti (KPIBK) Perak, Datuk Rosli Yang Damian berkata, PIBG hanya boleh mengutip sumbangan yang yang setujui melalui mesyuarat agung tahunan dan tidak boleh memaksa ibu bapa memberi sumbangan tersebut.




Imej via Sinar Harian


" Tiada paksaan kepada ibu bapa untuk menyumbang kepada PIBG, cuma PIBG memainkan peranan menyedarkan ibu bapa terhadap peranan menyedarkan ibu bapa terhadap peranan mereka untuk membantu pihak sekolah bagi program pengajaran dan pembelajaran.




Imej via Sinar Harian

Katanya, jumlah sumbangan ditetapkan di dalam mesyuarat dipersetujui mengikut kemampuan ahli di kawasan tertentu.

"Kita tak perlu hadkan jumlah sumbamgan. Bagi ibu bapa yang menyumbang lebih terpulang kepada mereka.

"Selain itu, pihak PIBG juga perlu kreatif untuk mendapatkan sumbangan bukan hanya berharap kepada ibu bapa semata-mata. Mereka boleh pergi kepada orang awam atau syarikat korporat kerana sumbangan kepada sekolah boleh mendapat pengecualian cukai," katanya.

Katanya, pengecualian itu tertakluk di bawah Seksyen 44 (b) Akta Cukai Pendapatan 1967 iaitu Sumbangan Wang Awam (SUWA).






loading...


Share this




Cikgu Share





Related Posts




Norlida Ishak Shop