Expired : 18.06.18

Yuran PIBG hanya Sumbangan, rupanya pekeliling PIBG dah dikeluarkan sejak 1989

Di sebalik 10 fakta tentang PIBG yang tular semalam, ternyata isu yuran PIBG ini mendapat perhatian  dari orang ramai.


Ada yang mengatakan jika tidak mahu bayar, pelajar tidak berhak untuk menikmati segala kemudahan disediakan di sekolah seperti kipas dan  sebagainya.


Sesuatu yang harus difahami dan dinyatakan oleh pihak kerajaan, persekolahan di Malaysia adalah percuma bagi pelajar sekolah rendah dan menengah.


Perkara ini  seperti dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Seri Alias Ahmad pada November tahun lalu, kerajaan secara purata mem­belanjakan sebanyak RM8,900 untuk seorang murid setahun dan jumlah itu merangkumi pelbagai perkara dalam memastikan pendidikan terbaik diberikan kepada mereka.


Sebab itulah bila timbulnya isu yuran PIBG, maka ramailah yang mula bersuara. Apa yang kita perlu faham tentang yuran PIBG ini ialah, ianya adalah SUMBANGAN dan bukan yuran yang wajib dibayar.


Pihak sekolah tidak berhak untuk menahan sijil peperiksaan pelajar jika mereka gagal membayarnya. Mungkin untuk lebih mudah faham, bolehlah baca artikel ini.


Bayaran PIBG adalah sukarela. Ia adalah sumbangan BUKAN YURAN.


Walaupun keluarga mampu tidak semestinya wajib membayar sumbangan (yuran) PIBG.


Di sinilah tugas kepimpinan PIBG diperlukan. Mereka harus mewujudkan hubungan baik dengan ibu bapa.


Dengan hubungan yang baik, lebih ramai ibu bapa yang akan menyumbang kepada PIBG secara sukarela.


Pekeliling PIBG telah dikeluarkan sejak 1989 oleh pihak Kementerian yang menetapkan tidak ada mana-mana pihak pengurusan sekolah boleh memaksa, mengarahkan atau mengenakan apa-apa hukuman kepada pelajar atas ibu bapa yang tidak membayar sumbangan PIBG.


Perkara 38 (a) Di dalam AKTA PENDIDIKAN 1996, PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPA & GURU) 1998 [Sub peraturan 7(2)] PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBU BAPA-GURU (PIBG) secara jelas melarang paksaan apatah lagi mengenakan hukuman seperti menahan pengagihan buku teks, penahanan keputusan peperiksaan termasuk peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM kepada pelajar yang tidak membayar sumbangan PIBG.


Laporan kepada pihak berwajib boleh dibuat oleh ibu bapa jika ada mana-mana PIBG atau sekolah yang melanggar peruntukan akta ini.


Jadi, adalah sangat musykil jika ada sebahagian orang yang mendakwa keputusan peperiksaan ditahan jika tidak membayar sumbangan PIBG ini.

Lagi satu dah namanya sumbangan/derma, jadi pihak berkaitan tak perlu tetapkan berapa yg harus disumbangkan oleh ibu bapa.


Tapi walau bagaimanapun, duit yang dikutip itu tetap digunakan untuk tujuan pembelajaran dan kebajikan anak-anak di sekolah. Kalau mampu apa salahnya kita ringankan beban pihak lain kan? Demi masa depan anak-anak juga. Maklumlah mereka adalah harapan negara pada masa akan datang.


Sila share agar yang lain tahu..


Norlida Ishak Shop