Expired : 18.06.18

Zahid Ketuai ‘Konvoi Akhiratdidepan’ Meriahkan Ramadan Di Semenyih

SEMENYIH,16 April – Majlis berbuka puasa Konvoi Akhiratdidepan berlangsung dalam suasana sederhana namun cukup bermakna bagi penduduk setempat.


Bertempat di Surau Ehsaniah, Kampung Batu 5 dekat sini, konvoi Datuk Seri Ahmad Zahid bersama ahli mereka yang lain disambut oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Zakaria Hanafi bersama Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Johan Abdul Aziz dan penduduk setempat yang lain.


Majlis sederhana itu ternyata memberi ruang kepada penduduk untuk beramah mesra dan mengeratkan lagi tali silaturahim antara satu dengan yang lain.


Sebelum berbuka puasa, ahli jemaah yang hadir bersantai dan berbual mesra dengan Ahmad Zahid dan rombongan yang menyertainya.


Selesai iftar kemudiannya solat Maghrib berjemaah.


Sejurus kemudian, rombongan program ‘Ride Makmurkan Rumah Allah’ bergerak ke lokasi kedua iaitu Surau Al-Ikhlas, Kg Sungai Purun, di sini.


Rombongan kemudiannya solat Isya’ dan Terawih berjemaah yang dimamkan oleh Imam daripada Mesir, Imam Amru.


Selesai solat, Ahmad Zahid dan rombongan mengambil kesempatan moreh bersama jemaah setempat.


Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Johan Abdul Aziz dalam ucapan ringkasnya mengucapkan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada rombongan terbabit. -MediaUMNO


Norlida Ishak Shop