Expired : 18.06.18

ZAMANI bintang yang tiada ganti… – JASMIN HAMID

SEHINGGA kini ramai peminat penyanyi Zamani (47 tahun) masih terasa sebak dengan insiden yang mengejutkan malam tadi apabila hilangnya suara penyanyi kesayangan ramai itu ketika di pentas.


Minggu kelima program Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Zamani ditugaskan menyanyi lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta yang dipopularkan oleh kumpulan Flybaits. Sebaik di atas pentas, Zamani tidak mampu melontarkan suara yang dinanti-nantikan peminat.



 


Ekoran daripada kegagalan mempersembahkan tugasannya, tidak ada markah diberikan oleh pihak juri dan Zamani diumumkan tersingkir dalam minggu kelima program tersebut.


Namun setelah ada perbincangan oleh pihak penganjur, Zamani diselamatkan oleh Datuk Aliff Syukri selaku penaja utama dengan menggunakan imunitinya yang mahukan Zamani ada dalam program GV5 lagi.


Melihat apa yang berlaku dengan keuzuran kesihatan Zamani, bukan sahaja ramai peminat yang berasa sayu hati, malah ramai rakan artis turut berasa sebak dengan insiden tersebut. Selain peminatnya, ramai rakan artis memberikan sokongan kepada Zamani.


“Titisan demi titisan… air mataku jatuh berlinangan… Beginilah kehidupan anak seni. Masih ingin menghiburkan masyarakat walaupun kesihatan tidak mengizinkan. Lebih-lebih lagi bila sudah terikat dengan tugasan yang diberikan. Setiap manusia tidak akan terlepas dari dugaan Allah dan kali ini sahabat saya, Zamani menghadapi dugaan Allah.


“Saya percaya lagu ini akan tersemat di hati beliau kerana beliau hampir berpisah dengan Gegar Vaganza pada kali ini. Dan dengan izin Allah juga, beliau diberi peluang kedua untuk teruskan perjuangan.


“Gunakan peluang kedua yang Allah berikan ini dengan sebaik mungkin. Semoga kesihatan beliau dipelihata Allah untuk beliau teruskan perjuangan.


“Seorang bintang yang tiada pengganti. Sama-sama kita doakan untuk beliau agar beliau mendapat sinar baru. Terima kasih kepada para juri, pengacara dan penonton yang sangat suportif dan juga pada Datuk Aliff Syukri yang sanggup menggunakan kuasa imuniti beliau untuk bintang yang tiada ganti ini…


“Semoga Allah pelihara kesihatan Zamani untuk beliau terus berjuang demi orang-orang yang sentiasa menyokong dan sayangkan beliau. Saya yakin Zamani akan bertambah kuat azamnya untuk meneruskan perjuangan selepas ini dengan sokongan dan doa kita semua…” luah pelakon jelita Jasmin Hamid yang dimuat naik dalam akaun instagram miliknya. Oleh itu, sama-sama kita doakan kesembuhan Zamani.


Semoga Zamani cepat sembuh. Jasmin Hamid antara rakan artis yang memberi sokongan.

Sementara itu, dengan tema lama tak nampak untuk minggu kelima ini Dia Fadila mengungguli pertandingan, diikuti Mya Ruslee, Noryn Aziz, kumpulan Forteen, Amelina, Billy Zulkarnain,  Farawahida dan Hetty Sarlene.


Manakala kemenangan yang dipilih oleh peminat secara undian untuk Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak pula rezeki buat Noryn Aziz.


Semua bintang diadili juri tetap pengarah muzik tersohor Datuk Ramli MS dan penyanyi terkenal Datuk Khatijah Ibrahim serta juri jemputan pada minggu ini Datuk AC Mizal


Program hiburan seisi keluarga ini diserikan dengan pengacara bersahaja Nabil Ahmad dan Jihan Muse.


Gegar Vaganza bersiaran di saluran Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (123) setiap Ahad, pukul 9.00 malam. Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor.


 


The post ZAMANI bintang yang tiada ganti… – JASMIN HAMID appeared first on Mangga Media.


Norlida Ishak Shop