Expired : 18.06.18

Zarina Anjoulie Mengaitkan Nama Ifa Raziah Berkaitan Dengan K0nflik Yang Berlaku Antara Zarina Dan Bekas Teman Lelakinya

Pelakon Zarina Anjoulie telah memuat naik beberapa video di akaun Instagram, berhubung isunya bersama bintang versatil, Ifa Raziah.


Malah, video sama turut dimuat naiknya menerusi Insta Stories.


“Ini utk kau… @ifa_raziah kau jgn nak ugut2 aku lain kali” tulisnya.


Didalam video tersebut Zarina menegaskan beberapa perkara kepada penyanyi Ser Ser Ser itu.

“Lepas tu kata nak saman saman aku pasal kau kata aku fitnah kau…”


“Wey,kau pun ada fitnah aku lah so aku boleh counter saman. Have you heard about that?”, antara kata yang diungkap Anjoulie menerusi video terbabit.


Apapun, diharapkan Zarina dan Ifa dapat menyelesaikan konflik ini dengan secepat mungkin.


Sebelum ini, Ifa pula ada memuat naik permohonan maaf dari Anjoulie berhubung suatu isu melibatkan mereka berdua.


Video : Instagram Zarina


“Tidak Menjejaskan, Lagi Nampak ‘Lambaian Kaabah’ Memanggil-Memanggil…,” – Reaksi Ifa Raziah Fasal Dikaitkan Isu Zarina Anjoulie


Susulan posting video Zarina Anjoulie yang mengaitkan nama Ifa Raziah berkaitan dengan konflik yang berlaku antara Zarina dan bekas teman lelakinya di Instagram baru-baru ini, Ifa Raziah tampil memberikan reaksi.


Ditanya sama ada dia tahu atau tidak berkenaan dengan isu tersebut kembali diperkatakan, Ifa memberitahu dia tidak begitu mengenali Zarina.


“Sebab saya tak kenal dia, saya tidak tahu dia siapa, artis ke tidak. Jadi penting ke untuk saya tahu apa yang dia cakap? Bagi saya benda tu tidak menjadi hasil buat saya, rasaya tak perlu ambil tahu kot.



“Kalau kita melayan orang yang bersikap begitu, kita pun akan sama level dengan dia. So level i lebih high class daripada dia. Jadi tak perlu nak layan orang-orang yang berfikiran negatif.


“Jadi kita postifikan diri kita, kena terus maju. Bukan memporak-perandakan hidup oran lain,” katanya kepada MH.


Ifa ditemui sejurus hadir menyokong rakan industri yang bersaing di Anugerah Juara Lagu ke-33 malam tadi.


Terkini, Ifa bersama suami dan anaknya telah pun berangkat ke tanah suci bagi mengerjakan umrah buat pertama kali hari ini.


Sama ada apa yang berlaku menjejaskan fokusnya dalam menunaikan umrah, Ifa memberitahu perkara itu tidak berlaku.


“Alhamdulillah tak ada. Tidak menjejaskan saya. Lagi nampak ‘lambaian kaabah’ tu memanggil-manggil untuk saya ke sana,” jelasnya ringkas.


Sumber:MediaHiburan


Norlida Ishak Shop